9.4 Merekod Nilai Stok Akhir
Untuk merekodkan nilai Stok Akhir, kita gunakan menu Ledger | Maintain Stock Values. Bila kita klik menu ini kita akan menerima dialog bertajuk Maintain Stock Values (Kawalan Nilai Stok) seperti berikut :
Gambar 221
Dari dialog ini kita dapati bahawa kita perlu mengisi nilai Stok Akhir bagi akhir tiap-tiap bulan dalam Tahun Perakaunan berkenaan.
Dibahagian atas dialog ini ialah senarai kod-kod akaun bagi jenis-jenis stok, satu baris bagi satu jenis. Kod-kod ini diambil oleh Sistem dari senarai kod-kod Stok yang kita isi semasa kita membina Carta Akaun. Jika Carta Akaun belum diisi dengan kod-kod Stok, ruangan ini akan kosong. Bagaimanapun, kita boleh mengisinya dengan klik pada butang Add. Bila kita klik butang ini, satu barisan ruang-ruang akan terbina untuk kita mengisinya dengan data berkaitan.
Kegunaan butang Delete ialah untuk membuang baris tertentu. Pastikan anda tidak klik butang Delete dengan tidak sengaja kerana akibatnya anda terpaksa mengisi semula data bagi baris berkenaan.
Komen :
Sepatutnya Sistem memberi amaran atau meminta pengesahan apabila butang Delete diklik.
Dalam contoh diatas, terdapat 4 jenis stok (jenis 4 tidak kelihatan), iaitu Finished Goods (kod 3030/100 bagi Kunci Kira-Kira dan kod 6000/000 bagi Penyata Untungrugi, Raw Materials (kod 3030/200 bagi Kunci Kira-Kira dan kod 7000/105 bagi Penyata Untungrugi, Packing Materials (kod 3030/300 bagi Kunci Kira-Kira dan kod 7000/705 bagi Penyata Untungrugi dan Work In Progress (kod 3030/400 bagi Kunci Kira-Kira dan kod 7000/905 bagi Penyata Untungrugi.
Bagi tiap-tiap jenis stok, ada nilai baki akhirnya (BS A/C) (Kunci Kira-Kira A/C). Untuk merekod nilai baki akhir bagi setiap jenis stok, klik pada baris berkenaan dan isikan ruang dibawah label Closing Stock at Month End (Stok Akhir Bagi Bulan) bagi bulan yang berkenaan. Data akan direkodkan dengan segera bila kita klik pada ruang lain. Untuk memadam, kosongkan kandungan ruang kemudian klik pada ruang lain.
Komen :
Separutnya Sistem menyediakan butang Save seperti yang terdapat dalam lain-lain dialog untuk merekod data supaya konsisten.
No comments:
Post a Comment