6.4 Memadam Kumpulan Transaksi
Kadang-kadang kita tersilap mengisi nama Kumpulan Transaksi maka kita mahu memadamnya.
Langkahnya ialah seperti berikut :
Masuk ke Boss Menu (lihat bab 18.2 Mengendali Menu Boss) :
Gambar 136
Klik butang Change Batch Lock & Pin No.(Tukar Nombor Pengenalan Dan Kuncian Kumpulan Transaksi). Satu dialog bertajuk Change Batch Lock & Pin No. akan muncul :
Gambar 137
Klik pada satu nama Kumpulan (dibawah ruang Title) yang anda mahu padam, kemudian klik pada butang Delete (Padam).
Anda mungkin menerima dialog bertajuk Message seperti berikut :
Gambar 138
Dialog ini bermaksud "Kumpulan tidak boleh dipadam" iaitu anda tidak boleh memadam Kumpulan berkenaan. Biasanya Kumpulan yang masih mengandungi data transaksi tidak boleh dipadam.
Jika ia dapat dipadam, dialog bertajuk Confirm (Sahkan) seperti berikut akan menyusul :
Gambar 139
("Are You Saure ?" = : "Adakah anda pasti ?")
Klik pada butang Yes (Ya). Selepas itu makluman berikut akan dipaparkan :
Gambar 140
("Change completed" = "Pertukaran selesai")
Klik butang OK. Anda akan terjumpa semula dialog Boss Menu.
Jangan lupa klik butang Apply (Laksanakan) di dialog Boss Menu sebelum klik Exit (Keluar).
No comments:
Post a Comment