12 November 2011

9.1 Merekod Baki-Baki Awal

9.1 Merekod Baki-Baki Awal

Baki-baki awal hanya boleh diisi selepas kita membina Carta Akaun (Chart of Accounts - Sila lihat bab 5.4 Membina Carta Akaun).

Untuk mengisi baki-baki awal, klik menu Lejar | Enter Opening Balances. Kita akan temui dialog bertajuk Enter Opening Balances (Memasukkan Baki-Baki Awal) seperti berikut :

Gambar 151

Jika kita telah membina Carta Akaun, senarai akaun akan terpapar. Jika kita belum membina Carta Akaun, tiada senarai akaun akan dipaparkan dan kita tidak boleh mengisi baki awal bagi akaun berkenaan

Untuk mengisi baki awal bagi satu-satu akaun, klik pada ruang Debit atau Credit (yang mana berkenaan), kemudian taipkan angka berkenaan, kemudian tekan kekunci Enter di kibod. Angka akan direkodkan.

Setiap kali anda merekod angka bagi satu satu akaun, anda boleh periksa jumlah Debit dan Jumlah Credit dibawah ruang masing-masing untuk memeriksa samada kedua-dua jumlah seimbang.

Kotak Include Zero Balance (Termasuk Baki Kosong)

Jika kotak ini bertanda, semua akaun akan dipaparkan. Jika kotak ini tidak ditanda, akaun yang amaunnya kosong tidak akan dipaparkan. Jadi, jika anda belum habis mengisi baki awal bagi semua akaun, pastikan kotak ini bertanda.

Kotak List by Accounts No (Senaraikan Ikut Nombor Akaun)

Jika kotak ini bertanda, senarai akaun akan dipaparkan mengikut susunan nombor akaun. Jika ia tidak bertanda, senarai akaun akan dipaparkan mengikut susunan abjad nama akaun.

Kotak Lock (Kunci)

Sila lihat bab 9.1.5 Mengunci Baki Awal.

Butang Print (Cetak)

Klik pada butang ini untuk mencetak senarai Baki Awal.

Butang Exit (Keluar)

Klik butang ini jika anda mahu berhenti dari mengisi angka-angka baki awal. Jika Jumlah Debit belum sama dengan jumlah Kredit, dialog yang memberitahu bahawa akaun tidak seimbang akan dipaparkan. Anda boleh biarkan makluman ini dan klik butang Ok.

Isi sekali sahaja

Baki awal hanya perlu diisi sekali sahaja, iaitu bagi tahun perakaunan terawal kita gunakan Sistem Perakaunan UBS. Bagi tahun-tahun perakaunan berikutnya, Sistem akan menghasilkan baki awal secara automatik bila kita menutup akaun.

Baki awal semua akaun Kunci Kira-Kira dan akaun Untungrugi

Jika kita menetapkan Starting Period sebagai 1, kita hanya boleh mengisi baki awal bagi baki-baki bagi akaun Kunci Kira-Kira sahaja. Tetapi jika kita menetapkan Starting Period selain dari 1, kita boleh mengisi baki awal bagi item-item Kunci Kira-Kira dan Untungrugi.

No comments: