10. Mengendali Mata Wang Asing
Bila kita klik menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am, kita akan diberi dialog bertajuk Penyelenggaraan A/K Lejar Am :
Gambar 222
Seperti kita tahu, dialog ini ialah untuk merekod tiap-tiap kod dan nama akaun dalam perniagaan. Dalam dialog ini terdapat ruang Country Code (Kod Negara). Selepas kita klik pada Country Code, kita akan jumpa tetingkap bertajuk Currency Listing (Penyenaraian Mata Wang) :
Gambar 223
Pilih matawang yang berkenaan dari dialog ini.
Senarai matawang dalam dialog Currency Listing ini diperolehi dari setting yang kita buat melalui menu Ledger | Foreign Currency | Rate Maintenance :
Gambar 224
Klik butang Add (Tambah) untuk memasukkan butiran matawang kedalam senarai. Selepas kita klik butang Add akan timbul ruang-ruang dibahagian bawah untuk kita menulis butiran matawang :
Gambar 225
Klik pada kotak Currency Code untuk kita menerima dialog berikut :
Gambar 226
Melalui dialog ini kita boleh memilih kod negara. Klik OK setelah kita memilih satu kod negara. Kod ini akan masuk ke ruang Currency Code dalam dialog Rate Maintenance tadi.
Dalam dialog Rate Maintenance, klik pada ruang Currency Symbol(Simbol Matawang). Sistem akan mengisi ruang Currency Symbol, ruang Currency Word (Matawang Dalam Perkataan) dan ruang Currency Rate (Kadar Pertukaran Matawang) :
Gambar 227
Jika kadar pertukaran matawang berubah-ubah, biarkan ruang Currency Rate seadanya iaitu 0.0000.
Klik butang Save untuk merekod butiran matawang. Selepas ini, senarai matawang akan muncul pada dialog Currency Listing.
Bagi transaksi yang melibatkan Penghutang Perniagaan, kita boleh menetapkan matawang bagi tiap-tiap Penghutang melalui menu Debtors | Pengendalian Fail Penghutang :
Gambar 228
Pada dialog ini terdapat ruang untuk menetapkan matawang bagi Penghutang ini. Bila kita klik pada Currency Code, kita akan jumpa tetingkap bertajuk Currency Listing (lihat gambar disebelah atas bab ini ).
Apabila kita telah menetapkan matawang bagi satu Penghutang, bila kita mengisi transaksi (melalui dialog Transactions File Maintenance) yang melibatkan Penghutang tersebut, satu bahagian akan timbul secara automatik disebelah kanan untuk kita mengisi matawang dan kadar pertukaran:
Gambar 229
Isikan Amaun Debit dalam matawang asing, kemudian tekan kekunci F9 untuk mendaparkan kadar pertukaran. Sistem akan mengira nilai bagi RM dan memasukkannya dalam kotak Debit (RM).
Kita juga boleh menetapkan matawang bagi transaksi dengan Pemiutang Perniagaan melalui menu Penghutang | Pengendalian Fail Pemiutang :
Gambar 230
Bila kita klik pada Currency Code, kita akan jumpa tetingkap bertajuk Currency Listing (lihat gambar disebelah atas bab ini ).
Apabila kita telah menetapkan matawang bagi satu Pemiutang Perniagaan, bila kita mengisi transaksi yang melibatkan Pemiutang tersebut, satu dialog akan timbul secara automatik untuk kita mengisi matawang dan kadar pertukaran :
Gambar 231
Isikan Amaun Kredit dalam matawang asing, kemudian tekan kekunci F9 dikibod untuk mendaparkan kadar pertukaran. Sistem akan mengira nilai bagi RM dan memasukkannya dalam kotak Credit (RM).
Matawang asal (default) ditetapkan melalui menu Sistem | Run Setup | General Setting | Page 3 :
Gambar 232
Jika kita klik pada butang dikanan Currency Code kita akan peroleh senarai matawang asing untuk kita pilih sebagai matawang sala dalam transaksi. Olehkerana anda berada di Malaysia secara automatik Sistem memilih MYR bagi anda :
Gambar 233
No comments:
Post a Comment