15 November 2011

5.5.17 Mengendali Kod Syarikat Induk

5.5.17 Mengendali Kod Syarikat Induk

Akaun Syarikat Induk ialah akaun untuk mengendali transaksi dengan syarikat induk. Akaun syarikat induk mungkin berbaki Debit atau Kredit.

Item bagi Syarikat Induk direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.

Berikut ialah langkah-langkah untuk memberi kod bagi syarikat induk :

1. Kenalpasti Jenis Akaun yang sesuai bagi Syarikat Induk. Oleh kerana ia mungkin berbaki Debit atau Kredit, ia boleh diletak dibawah Jenis Akaun Liabiliti Semasa atau Aset Semasa . Pilih yang mana lebih berkemungkinan.

2. Kenalpasti siri kumpulan kod bagi Jenis Akaun berkenaan. Bagi Liabiliti Semasa, kumpulan kodnya ialah 4000-4999. Jika Aset Semasa, kumpulan kodnya ialah 3000-3999.

3. Pastikan angka pertama kodnya sama dengan skim Jenis Akaun nya, iaitu 4 atau 3, yang mana berkenaan.

4. Rancang saiz 4 nombor pertamanya (untuk menentukan susunannya dalam Kunci Kira-Kira jika ada akaun-akaun lain dalam Jenis Akaun nya). Pilih mana-mana nombor asalkan berada dalam kumpulan kod 4000-4999 atau 3000-3999 (yang mana berkenaan).

5. Tentukan nama bagi item induknya. Nama item induk yang biasa dipakai ialah HOLDING COMPANY. Biasanya item ini perlu ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira, oleh itu kodnya diakhiri dengan 000.

6. Sesebuah syarikat mempunyai hanya satu syarikat induk, oleh itu kod bagi item bukan

induk tidak perlu di adakan.

Contoh :

Kod : Nama Akaun

4060-000 : Holding Company

Nota :

Dalam standad perakaunan, Syarikat Induk perlu ditunjukkan berasingan dalam Kunci Kira-Kira, tetapi Sistem tidak mempunyai Jenis Akaun bagi Syarikat Induk, oleh itu, kita harus memilih Jenis Akaun yang berdekatan iaitu samada CURRENT LIABILITIES atau CURRENT ASSETS.

No comments: