10 November 2011

11. Mengendali Bajet

11. Mengendali Bajet

Bajet hanya boleh diisi bagi item-item dalam Akaun Untungrugi sahaja, iaitu bagi item-item berkod siri 5000 dan 9000.

Sebelum mengisi bajet bagi akaun-akaun tertentu, pastikan akaun itu ada dalam Carta Akaun. Setelah akaun ada dalam Carta Akaun, kita gunakan menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am. Selepas kita klik menu ini, kita akan jumpa dialog bertajuk Penyelenggaraan A/K Lejar Am (Kawalan Akaun Lejar Am) :

Gambar 234

Disini terdapat butang Budget. Jika nama akaun yang terpapar ialah bukan item Akaun Untungrugi, butang Budget akan nampak kelam (tidak berfungsi).

Untuk mencari item Akaun Untungrugi, gunakan butang Top, Prev, Next, Bottom atau Search. Bagaimanapun, menggunakan butang Search (Cari) lebih cepat. Bila kita klik butang ini, dialog bertajuk Accounts listing (Senarai Akaun) seperti ini akan timbul :

Gambar 235

Cari item yang berkenaan, kemudian klik pada item itu, kemudian klik butang OK. Dialog ini akan hilang dan butiran item akan masuk ke dialog Penyelenggaraan A/K Lejar Am. Pada dialog ini, klik butang Budget. Satu dialog bertajuk Budget seperti berikut akan muncul :

Gambar 236

Isikan amaun-amaun bagi bajet bulanan dalam ruang-ruang berkenaan. Perhatikan, jika item itu ialah item Kredit (Contohnya Jualan), gunakan tanda tolak dikiri amaun (contohnya -5000).

Selepas mengisi amaun-amaun, klik OK. Data akan direkodkan oleh Sistem.

11.1 Laporan Bajet

Untuk melihat perbezaan antara amaun bajet dengan amaun yang sebenar dibelanjakan bagi tiap-tiap akaun, klik menu Laporan | Laporan Selanjutnya (1) | Budget & Variance. Kita akan melihat dialog bertajuk Budget & Variance (Bajet dan Variasi) seperti berikut :

Gambar 237

Isikan ruang Period From (Dari Bulan) dan Period To (Hingga Bulan) dengan membuat pilihan. Selepas itu, klik OK. Satu laporan bertajuk Budget and Variance seperti berikut akan dipaparkan :

Gambar 238

Perhatikan, bagi setiap akaun disebelah kiri laporan, disebelah kanannya terdapat ruang bagi amaun ACTUAL (Sebenar), BUDGET (Bajet) dan VARIANCE (Beza).

11.2 Mengubah Bajet

Untuk mengubah bajet, gunakan menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am untuk memperoleh semula dialog Penyelenggaraan A/K Lejar Am, kemudian cari akaun yang berkenaan, kemudian klik butang Budget, kita akan temui dialog bertajuk Budget. Buat pindaan di dialog ini. Klik OK selepas melalukan pindaan. Sistem akan mengemaskini pindaan tersebut.

No comments: