5.5.11 Mengendali Kod Pemiutang Bukan Perniagaan
Pemiutang Bukan Perniagaan (NON-TRADE CREDITOR) kadang-kadang disebut juga sebagai Lain-Lain Pemiutang (Other Creditor).
Nota :
Sedikit sebanyak anda perlu mengetahui maksud Pemiutang Bukan Perniagaan dari sudut perakaunan.
Bagi Pemiutang Perniagaan, Sistem memberi kod 4000/000 sebagai contoh dalam Carta Akaun bagi satu jumlah besar untuk semua Pemiutang Perniagaan. Senarai terperinci bagi tiap-tiap Pemiutang Perniagaan disediakan melalui menu Pemiutang | Pengendalian Fail Pemiutang.
Bagi Pemiutang Bukan Perniagaan, Sistem tidak memberi contoh kod khusus bagi jumlah besar dan tiada menu berasingan diberikan untuk mengisi senarai terperinci tiap-tiap Pemiutang Bukan Perniagaan.
Kita harus membina sendiri skim kod untuk mengendali Pemiutang Bukan Perniagaan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh Sistem.
Dalam Kunci Kira-Kira, biasanya Pemiutang Bukan Perniagaan (OTHER PEMIUTANG) dipaparkan selepas Pemiutang Perniagaan (TRADE PEMIUTANG) :
Gambar 90
Tiga (3) angka terakhir dalam kod Pemiutang Bukan Perniagaan menentukan samada item akan dipaparkan atau tidak dalam Kunci Kira-Kira. Kod yang 3 angka terakhirnya 000 akan dipaparkan di Kunci Kira-Kira. Oleh itu, jika kita mahu Pemiutang Bukan Perniagaan dipaparkan dalam Kunci Kira-Kira, kita hendaklah beri kod yang berakhir dengan 000, contohnya 4005/000.
Empat (4) digit awal dalam kod akan menentukan kedudukan item dalam Kunci Kira-Kira dibawah Jenis Akaun nya. Nombor yang lebih besar akan dipaparkan terkemudian dari nombor kod yang lebih kecil. Contohnya kod 4000/000 akan dipaparkan terlebih dahulu dari kod 4005/000 kerana 4000 lebih kecil dari 4005. Dari contoh dalam gambar diatas, TRADE PEMIUTANG diberi kod 4000/000 dan OTHER PEMIUTANG diberi kod 4005/000, sebab itulah TRADE PEMIUTANG disenaraikan lebih atas dari OTHER PEMIUTANG.
Untuk memasukkan senarai individu Pemiutang Bukan Perniagaan dalam Carta Akaun, 4 digit pertama dalam kod tiap-tiap individu Pemiutang Bukan Perniagaan hendaklah sama dengan 4 digit pertama kod induk Pemiutang Bukan Perniagaan. Contohnya, Pemiutang Bukan Perniagaan bernama John Motor Workshop hendaklah diberi kod 4005. Tiga (3) digit terakhir bagi John Motor Workshop hendaklah bukan 000 (untuk mengelak dari dipaparkan dalam Kunci Kira-Kira), contohnya J01, jadi kod penuhnya ialah 4005/J01.
Dalam contoh berikut, ada 3 Pemiutang Bukan Perniagaan dalam Carta Akaun, iaitu John Motor Workshop, Maniam Supplies dan Samad Printer :
Gambar 91
Perhatikan bagaimana 4 digit pertama dalam kod bagi ketiga-tiga Pemiutang Bukan Perniagaan itu adalah sama dengan kod induk mereka iaitu 4005, dan 3 digit terakhir pula bukan 000 kerana 000 dalam 3 digit terakhir digunakan oleh kod induk.
Dalam Kunci-Kira-Kira, kod induk akan memaparkan jumlah bagi ketiga-tiga Pemiutang Bukan Perniagaan atau mana-mana kod yang bermula dengan 4005. Senarai individu tidak akan dipaparkan dalam Kunci Kira-Kira.
Gambar 92
Untuk Mengisi item induk dan anak induk (senarai individu setiap Pemiutang Bukan Perniagaan), kedua-duanya kita gunakan menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Jika kita cuba mengisi kod Pemiutang Bukan Perniagaan melalui menu Pemiutang | Pengendalian Fail Pemiutang, Sistem tidak akan membenarkan dan Sistem akan memberi makluman seperti berikut :
Gambar 93
(Code number must be from 4000 to 4000 = Nombor kod mestilah dari 4000 hingga 4000).
Nota :
Mengendali Kod Pemiutang Bukan Perniagaan diberi penekanan dalam buku ini kerana pada masa buku ini ditulis, standad dalam laporan perakaunan memerlukan item ini ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira.
No comments:
Post a Comment