5.5.14 Mengendali Kod Pemiutang Sewabeli
Akaun bagi Pemiutang Sewabeli (HIRE PURCHASE CREDITOR) seharusnya dibuka bagi tiap-tiap pemiutang sewabeli.
Item induk dan anak induk bagi Pemiutang Sewabeli direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Berikut ialah langkah-langkah untuk mengendali pengkodan bagi Pemiutang Sewabeli :
Kenalpasti Jenis Akaun yang sesuai bagi Pemiutang Sewabeli. Biasanya ia sesuai diletak dibawah Jenis Akaun Liabiliti Semasa .
>Kenalpasti siri kumpulan kod bagi Jenis Akaun berkenaan. Bagi Liabiliti Semasa, kumpulan kodnya ialah 4000-4999.
3. Kenalpasti nama akaun bagi item induk dan nama akaun bagi item anak induk. Biasanya item induk yang biasa dipakai ialah HIRE PURCHASE PEMIUTANG. Tiap-tiap nama Pemiutang Sewabeli akan menjadi item anak induk.
4. Pastikan angka pertama dalam kod item induk dan anak induk adalah sama dengan skim Jenis Akaun nya, iaiti 4.
5. Rancang saiz nombor item induknya untuk menentukan susunannya dalam Kunci Kira-Kira jika ada akaun-akaun lain dalam Jenis Akaun nya. Pilih mana-mana nombor asalkan berada dalam kumpulan kod 4000-4999. Akaun induk akan dipaparkan dalam Kunci Kira-Kira.
6. Rancang saiz 3 nombor terakhir dalam kod item anak induk untuk menentukan susunannya dibawah item induknya.
Contoh :
4030-000 : Hire Purchase Pemiutang ----------- >. (Item Induk)
4030-A01 : Arab-Thailand Finance - BBK 5567.
4030-H01 : HSBM Finance - WAR 5433
No comments:
Post a Comment