13.19.8 Angka Tahun Lepas Dalam Laporan
Biasanya, dalam laporan-laporan utama seperti Balance Sheet dan Profit and Loss, kita berminat untuk menunjukkan amaun-amaun tahun lepas bagi setiap akaun sebagai bandingan.
Untuk mencapai keadaan ini, kita boleh mengisi angka-angka bagi tahun lepas melalui menu Ledger | General Ledger Accounts maintenance. Dari sini kita akan menemui dialog bertajuk General Ledger Accounts maintenance. Dalam dialog ini ada ruang berlabel Figure Last Year. Ruang inilah yang perlu diisi.
Gambar 357
Sebagai pilihan lain, kita boleh mengisi angka tahun lepas melalui menu Ledger | Enter Last Year Figure; Dari menu ini kita akan peroleh dialog bertajuk Enter Last Year Figure ;
Gambar 358
Setelah anda mengisi semua angka tahun lepas dengan betul, anda boleh mengunci data itu dengan klik pada butang Lock. Hasilnya, data akan tersembunyi iaitu tidak akan ditayangkan dalam dialog diatas.
Untuk membuka kuncian, dapatkan dialog Menu Boss;
Tandakan pada kotak berlabel Unlock Last Year Figure kemudian klik butang Appy diikuti dengan klik pada butang Exit. Selepas ini, senarai angka tahun lepas akan ditayangkan semula dalam dialog Enter Last Year Figure.
No comments:
Post a Comment