5.5.8 Mengendali Kod Simpanan Tetap
Biasanya sesebuah perniagaan mempunyai akaun Simpanan Tetap (FIXED DEPOSITS) di bank. Jumlah Simpanan Tetap biasanya ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira sebagai FIXED DEPOSITS.
Nota :
Sedikit sebanyak anda perlu mengetahui maksud Simpanan Tetap dari segi perakaunan.
Jika kita mempunyai lebih dari satu akaun Simpanan Tetap, dalam Carta Akaun kita perlu mempunyai satu kod induk bagi memegang jumlah Simpanan Tetap, dan lain-lain kod anak induk (yang merujuk kepada simpanan tetap di setiap bank). Hanya amaun bagi kod induk yang akan dipaparkan di Kunci Kira-Kira.
Item induk dan anak induk bagi Simpanan Tetap direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Katakan kita mempunyai 2 akaun Simpanan Tetap iaitu satu di Bank A dan satu lagi di Bank B. Empat (4) angka pertama dalam kod induk (bagi jumlah) dan kod-kod anak induk (bagi tiap-tiap Simpanan Tetap) hendaklah terdiri dari angka yang sama, diikuti dengan 3 angka terakhir. Bagi kod induk, 3 angka terakhir hendaklah 000. Bagi tiap-tiap item anak induk, 3 angka terakhir hendaklah lain dari 000, biasanya campuran abjad dan angka.
Sebelum kita memilih 4 digit pertama dalam kod, kita harus mengenalpasti Jenis Akaun yang sesuai bagi Simpanan Tetap. Nampaknya, Jenis Akaun yang sesuai ialah Aset Semasa . Bagi Aset Semasa, 4 digit pertama dalam kod ialah diantara 3000 hingga 3999.
Kita juga harus ingat bahawa saiz 4 nombor pertama dalam kod akan menentukan kedudukan dalam Kunci Kira-Kira. Nombor yang lebih kecil akan dipaparkan lebih dahulu dari nombor yang lebih besar. Contohnya, kita mahu Simpanan Tetap dipaparkan selepas Wang panjar. Oleh itu nombor 4 digit pertama hendaklah lebih besar dari Wang panjar. Contohnya, jika kod Wang Panjar ialah 3020, maka kod bagi Simpanan Tetap boleh jadi 3050, atau mana mana nombor asalkan lebih besar dari 3020.
Berikut ialah contoh dalam Carta Akaun :
Gambar 82
Berikut ialah contoh hasil dalam Kunci Kira-Kira :
Gambar 83
Walaupun kod yang berakhir dengan 000 merupakan kod yang memegang jumlah besar, ia masih boleh diberi amaun melalui menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga. Oleh itu berhati-hati supaya anda tidak tersilap memilih kod induk itu sebagai akaun yang didebitkan atau dikreditkan, kecuali jika anda hanya ada satu saja akaun Simpanan Tetap dimana anda hanya ada item induk tanpa item anak induk.
Nota :
>Mengendali Kod Simpanan Tetap diberi contoh dalam buku ini kerana pada masa buku ini ditulis, standad dalam laporan perakaunan memerlukan item ini ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira.
No comments:
Post a Comment