5.4.3 Membina Carta Akaun Secara Automatik
Berikut ialah langkah membina Carta Akaun secara automatik :
Klik menu Sistem | Fail/Kembalikan Contoh A/K. Setelah itu kita akan temui dialog bertajuk Fail/Kembalikan Contoh A/K seperti ini :
Gambar 48
Klik pada pilihan ketiga iaitu Hapus Carta A/K & Urs. Kedua-duanya, mengembalikan A/K Demo. (Pilihan pertama dan kedua tidak akan menghasilkan Carta Akaun). Selepas klik, kita akan melihat senarai jenis perniagaan dibawahnya :
Gambar 49
Senarai itu ialah :
1. Syarikat Perniagaan
2. Pusat Latihan
3. Agensi Pelancongan
4. Industri Pengilangan
5. Industry Tekstil
6. Hartanah
7. Koperasi Sekolah
8. Perkongsian
Pilih jenis aktibiti perniagaan yang bersesuaian. Klik OK. Dialog pengesahan akan muncul :
Gambar 50
Klik Ya. Dalam beberapa saat, Sistem akan memaklumkan bahawa pembinaan Carta Akaun telah siap :
Gambar 51
Klik OK.
Kita boleh memeriksa samada Carta Akaun telah dihasilkan. Untuk tujuan ini, klik menu Lejar | Cetak Carta Akaun. Kita akan nampak dialog bertajuk Cetak Carta Akaun seperti berikut :
Gambar 52
Pilih Semua Diatas. Kemudian klik butang OK. Kita akan melihat Carta Akaun berkenaan. Contohnya seperti berikut :
Gambar 53
Gambar 54
Gambar 55
Gambar�56
Gambar 57
Gambar 58
Gambar 59
Gambar 60
Klik butang Pencetak untuk mencetak ke mesin pencetak. Klik Paparkan untuk previu di atas skrin. Klik butang Excel untuk menyalin data kedalam perisian Microsoft Excel. Jika sudah, klik butang Keluar.
No comments:
Post a Comment