15 November 2011

5.5.27 Mengendali Kod Stok Awal Bahan Mentah

5.5.27 Mengendali Kod Stok Awal Bahan Mentah

Sesebuah perniagaan biasanya mempunyai stok awal bagi bahan mentah. Jika terdapat lebih dari satu kategori bahan mentah, satu akaun dibuka untuk mengendali transaksi setiap satu kategori. Setiap akaun akan dipaparkan dalam Penyata Akaun Pengilangan (Akaun Perkilangan).

Akaun Pengilangan adalah akaun induk bagi akaun Stok Awal Bahan Mentah.

Item Stok Awal Bahan Mentah direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.

Akaun induk bagi stok awal bahan mentah akan ditunjukkan dalam Akaun Pengilangan (Akaun Perkilangan). Akaun Perkilangan ialah salah satu item dalam penyata Untungrugi.

Dalam Akaun Pengilangan, bila kita dwi-klik pada item induk, satu senarai item-item anak induknya akan dipaparkan dalam satu tetingkap lain.

Berikut ialah langkah-langkah untuk memberi kod bagi Stok Awal Bahan Mentah dan kod induknya:

1. Kenalpasti Jenis Akaun yang sesuai bagi setiap kategori stok awal bahan mentah. Ia sesuai diletak dibawah Jenis Akaun COST OF GOODS SOLD (Kos Jualan).

2. Kenalpasti siri kumpulan kod bagi Jenis Akaun berkenaan. Bagi COST OF GOODS SOLD, kumpulan kodnya ialah 6000-7999.

3. Item induk bagi Stok Awal bahan Mentah yang biasa dipakai ialah Stok Awal Bahan Mentah (Opening Stock - Raw Materials). Pilih apa-apa nombor kod asalkan berada dalam kumpulan kod 6000-7999. Pastikan angka pertamanya sama dengan skim Jenis Akaun nya, iaitu 6 atau 7. Rancang saiz 4 nombor pertamanya untuk menentukan susunannya dalam Penyata Akaun Pengilangan. Biasanya item induk perlu ditunjukkan dalam Penyata Untungrugi, oleh itu kodnya diakhiri dengan 000.

4. Bagi item anak induk, empat (4) nombor pertama kodnya hendaklah sama dengan item induknya.). Rancang saiz 3 nombor terakhirnya (untuk menentukan susunannya dibawah item induknya jika ada beberapa akaun anak induk lain dibawah item induknya).

Contoh :

Kod : Nama Akaun

7000-000 - AKAUN PERKILANGAN

7000-100 - Opening Stock - Raw Material for Brand AA

7000-101 - Opening Stock - Raw material for Brand BB

Gambar 116a

Gambar 116b

Gambar 116c

Gambar 116d

Gambar 116e

No comments: