21 November 2011

5.4.2.8 Mengisi Ruang 'Angka Tahun Lalu'

5.4.2.8 Mengisi Ruang 'Angka Tahun Lalu'

Angka Tahun Lalu ialah baki akhir bagi akaun ini bagi tahun perakaunan sebelum tahun perakaunan sekarang.

Tujuan ruang ini ialah supaya dalam laporan Kunci Kira-Kira dan Penyata Untungrugi akan ditunjukkan amaun bagi akaun ini bagi tahun lepas bersebelahan dengan amaun bagi tahun semasa sebagai perbandingan.

Ruang ini hanya perlu diisi sekali sahaja iaitu pada pertamakali kita menggunakan Sistem. Pada tahun-tahun berikutnya, setelah kita menutup akaun bagi tahun perakaunan tertentu, Sistem akan menghasilkan angka-angka bandingan dengan sendirinya.

Kita boleh juga mengisi angka tahun lepas melalui menu Lejar | Enter Last Year Figure. (Nota : Sistem tidak menterjemah kedalam Bahasa Melayu).

Jangan kelirukan ruang ini dengan angka baki awal yang anda isi melalui menu Lejar | Masukkan Baki Permulaan. Jika anda hanya mengisi baki awal melalui menu Lejar | Masukkan Baki Permulaan, maka laporan Kunci Kira-Kira dan Penyata Untungrugi tidak akan menunjukkan angka perbandingan bagi tahun terdahulu bersebelahan dengan amaun tahun semasa.

Ini bermakna, anda perlu mengisi baki awal sebanyak 2 kali, sekali melalui menu Lejar | Masukkan Baki Permulaan (untuk tujuan kemaskini Lejar) dan sekali lagi melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am (untuk tujuan angka bandingan) atau melalui menu Lejar | Enter Last Year Figure.

No comments: