5.5.26 Mengendali Kod Akaun Pengilangan
Akaun Pengilangan (Akaun Perkilangan) kadang-kadang disebut juga sebagai Akaun Pembuatan.
Nota :
Sedikit sebanyak anda perlu mengetahui maksud Akaun Pengilangan dari sudut perakaunan.
Akaun Pengilangan merupakan satu penyata yang mengandungi beberapa akaun-akaun lain yang terlibat dalam mendapatkan kos pengilangan satu-satu barang. Biasanya, Akaun Pengilangan terdiri daripada akaun-akaun seperti dalam contoh penyata berikut :
Gambar 111
Gambar 112
Gambar 113
Mari kita perhatikan bagaimana pemberian kod-kod dilakukan dan kesannya pada susunatur item-item dalam Penyata Akaun Pengilangan itu sendiri dan dan kesannya pada Penyata Untungrugi.
Item-item bagi Akaun Pengilangan direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Sistem memberi contoh semua akaun yang terlibat dalam Penyata Akaun Pembuatan diberi kod dalam siri 7000 dalam Carta Akaun. Berikut ialah contoh akaun-akaun itu dalam Carta Akaun :
Gambar 114

Gambar 115
Dalam kod siri 7000, terdapat satu kod induk iaitu kod 7000/000 dan kod-kod lain (anak induk) dibawahnya.
Dalam Carta Akaun, ruang SA (Special Account) bagi kod induk 7000/000 hendaklah di setkan sebagai MA (Manufacturing Account) supaya ia akan timbul dalam Penyata Untungrugi (sebagai Manufacturing Account). Jika dalam Carta Akaun ia tidak di tetapkan SA nya sebagai MA, ia tidak akan timbul dalam Penyata Untungrugi. Ini menyebabkan Penyata Untungrugi tidak tepat.
Dalam Penyata Untungrugi, item induk Akaun Perkilangan menampung jumlah bagi lain-lain akaun anak induk dalam siri 7000 :
Gambar 116
Kod-kod akaun lain, selain dari kod akaun induk akan muncul dalam Akaun Perkilangan (Penyata Akaun Pengilangan) (Sila lihat contoh penyata di awal bab ini).
Dalam Akaun Perkilangan (Penyata Akaun Pengilangan), kedudukan dimana akaun anak induk dipaparkan bergantung kepada besar atau kecilnya 3 angka terakhir dalam kod pernomboran yang kita berikan dalam Carta Akaun. Angka 3 digit yang terakhir yang lebih kecil akan dipaparkan terlebih dahulu dari kod yang bernombor lebih besar. Contohnya, kod 7000/100 akan dipaparkan terlebih dahulu dari kod 7000/200. Oleh itu, sebelum anda memberi kod-kod kepada akaun anak induk, rancang dahulu skim pengkodan anda untuk mengelakkan persembahan penyata yang kurang menarik. Bagaimanapun, jika anda telah tersilap, anda masih boleh menukar kod dengan menggunakan Boss Menu (Sila rujuk bab khas 5.4.6 Meminda Kod Dan Nama Akaun Dalam Carta Akaun).
Perhatikan juga, dalam Akaun Perkilangan terdapat baris-baris bagi tajuk-tajuk kecil (Header), seperti RAW MATERIALS, DIRECT LABOUR, FACTORY OVERHEAD, PACKING MATERIALS, WORK IN PROGRESS dan sebagainya. Tajuk-tajuk kecil ini juga adalah sama sifatnya seperti akaun-akaun lain dalam siri 7000, iaitu ia juga diberi kod dalam siri 7000. Cuma, semasa mengisi kod akaun ini (menggunakan menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am), kita mengisi ruang SA (Special Account) sebagai HD (Header). Dengan ini, nama akaun ini akan muncul dalam Penyata sebagai tajuk kecil (Header).
Walaupun kita telah menetapkan satu akaun sebagai tajuk kecil (Header), kita masih boleh memasukkan amaun kedalam akaun ini melalui menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga. Oleh itu, anda hendaklah berhati-hati supaya tidak memilih akaun yang telah anda tetapkan sebagai tajuk kecil dalam penyata Akaun Pengilangan sebagai akaun yang boleh didebitkan atau dikreditkan dengan amaun tertentu bila menggunakan menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga. Bagaimanapun, jika anda telah melakukan kesilapan, anda masih boleh membuat pembetulan melalui dialog Transactions File Maintenance.
Komen :
Sepatutnya apabila kita telah menetapkan satu akaun sebagai tajuk kecil, Sistem tidak seharusnya membenarkan amaun dimasukkan kedalam akaun ini. Bagi penulis, ini adalah kelemahan yang boleh dibaiki dalam Sistem Perakaunan UBS.
Perhatikan juga, dalam Penyata Akaun Pengilangan, terdapat baris-baris jumlah-jumlah kecil. Terdapat kaitan antara jumlah-jumlah kecil dengan akaun-akaun yang anda telah set sebagai tajuk-tajuk kecil (HD � Header). Jika satu kod telah di set sebagai tajuk kecil, maka Sistem akan menjumlahkan semua amaun-amaun bagi kod-kod yang mempunyai digit pertama yang sama dalam 3 digit terakhir. Contohnya, jika kod 7000/100 telah anda set sebagai tajuk kecil, maka Sistem akan menjumlahkan semua amaun bagi kod-kod yang bermula dengan angka 1 dalam 3 digit terakhir, seperti 7000/101. 7000/105, 7000/120. 7000/135 dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment