6.2 Menukar Nama Kumpulan Transaksi
Mungkin anda dapati nama yang anda beri pada satu Kumpulan Transaksi tidak mewakili isinya, contohnya satu nama JUALAN-APRIL-2004 mengandungi data-data jualan bagi bulan Mei 2004, maka anda mahu mengubahnya. Untuk itu, klik menu Transaction | Organise Batches untuk mendapatkan dialog Organise Batches. Klik pada nama kumpulan (dibawah ruang Title) yang anda mahu ubah, kemudian buat perubahan disitu. Setelah itu tekan kekunci Enter dikibod, kemudian klik butang Exit. Sistem akan melaksanakan perubahan itu.
Untuk memeriksa samada perubahan telah dilaksanakan, klik menu Transactions | Organise Batches. Lihat pada dialog Organise Batches yang diperolehi.
No comments:
Post a Comment