15 November 2011

5.5.12 Mengendali Kod Akruan Dan Peruntukan

5.5.12 Mengendali Kod Akruan Dan Peruntukan

Akruan dan Peruntukan Perbelanjaan (Accruals & Provisions) adalah satu item yang biasanya mahu ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira.

Nota :

Sedikit sebanyak anda perlu memahami maksud Akruan dan Peruntukan dari sudut perakaunan.

Dalam Kunci Kira-Kira, biasanya Akruan Dan Peruntukan (ACCRUALS & PROVISIONS) dipaparkan selepas Pemiutang Bukan Perniagaan (NON-TRADE CREDITOR) :

Gambar 94

Olehkerana item ini biasanya terdiri daripada beberapa akaun, maka kita perlu mempunyai satu Item induk. Item induk dan anak induknya direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.

Untuk memberi kod bagi item induk dan anak induk, kita perlu menetapkan 4 angka pertama yang sesuai. Bagi Akruan dan Peruntukan, ia sesuai berada dalam Jenis Akaun Liabiliti Semasa , oleh itu 4 angka pertama dalam kod hendaklah antara 4000 hingga 4999. Jika ada nombor yang telah digunakan, pilihlah nombor yang lain.

Ingat juga bahawa 4 digit awal dalam kod akan menentukan kedudukan item induk dalam Kunci Kira-Kira dibawah label Jenis Akaun nya. Nombor yang lebih besar akan dipaparkan terkemudian dari nombor kod yang lebih kecil. Contohnya kod 4000/000 akan dipaparkan terlebih dahulu dari kod 4005/000 kerana 4000 lebih kecil dari 4005. Dari contoh dalam gambar diatas, NON-TRADE PEMIUTANG diberi kod 4005/000 dan ACCRUALS diberi kod 4010/000, sebab itulah NON-TRADE PEMIUTANG disenaraikan lebih atas dari ACCRUALS.

Ingat bahawa kod yang 3 angka terakhirnya 000 akan dipaparkan di Kunci Kira-Kira. Oleh itu, jika kita mahu Akruan Dan Peruntukan dipaparkan dalam Kunci Kira-Kira, kita hendaklah beri kod yang berakhir dengan 000, contohnya 4010/000.

Untuk memasukkan senarai individu (item anak induk) bagi Akruan Dan Peruntukan dalam Carta Akaun, 4 digit pertama dalam kod tiap-tiap item hendaklah bersiri sama dengan 4 digit pertama item induk. Contohnya, akaun Accrued-Telephone hendaklah diberi kod 4010. Tiga (3) digit terakhir bagi akaun ini hendaklah bukan 000 (untuk mengelak dari dipaparkan dalam Kunci Kira-Kira), contohnya T01, jadi kod penuhnya ialah 4010/T01.

Dalam contoh berikut, ada 4 akaun Akruan dalam Carta Akaun, iaitu Accrued-Water, Accrued-Telephone, Accrued-Rental dan Accrued-Electricity :

Gambar 95

Perhatikan bagaimana 4 digit pertama dalam kod bagi keempat-empat akaun anak induk bagi Akruan itu adalah sama dengan kod induk mereka iaitu 4010, dan 3 digit terakhir pula bukan 000 kerana 000 dalam 3 digit terakhir digunakan bagi kod induk.

Dalam Kunci-Kira-Kira, kod induk akan memaparkan jumlah bagi keempat-empat akaun anak induk Akruan atau mana-mana kod yang bermula dengan 4010. Senarai individu tidak akan dipaparkan dalam Kunci Kira-Kira.

Nota :

Mengendali Kod Akruan diberi contoh dalam buku ini kerana pada masa buku ini ditulis, standad dalam laporan perakaunan memerlukan item ini ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira.

No comments: