5.5.23 Mengendali Kod Lain-Lain Pendapatan/Perbelanjaan
Sesebuah perniagaan biasanya menerima pendapatan dari beberapa punca-punca sampingan selain dari punca utama. Ia juga biasanya melakukan perbelanjaan sampingan yang tidak berkait terus dengan inti perniagaannya. Sebaiknya, satu akaun dibuka untuk mengendali transaksi dari setiap satu punca sampingan itu. Setiap akaun dibina melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Dalam Penyata Untungrugi, satu label khusus bertajuk OTHER INCOMES disediakan untuk Lain-lain Pendapatan/Perbelanjaan seperti contoh dibawah :
Gambar 106
Walaupun nama bagi label ini ialah OTHER INCOMES (Lain-Lain Pendapatan), tetapi ia dimaksudkan juga kepada Lain-lain Perbelanjaan.
Berikut ialah langkah-langkah untuk memberi kod bagi lain-lain pendapatan/perbelanjaan :
1. Kenalpasti Jenis Akaun yang sesuai bagi setiap punca. Tentunya, ia sesuai diletak dibawah Jenis Akaun OTHER INCOME (Lain-Lain Pendapatan).
2. Kenalpasti siri kumpulan kod bagi Jenis Akaun berkenaan. Bagi OTHER INCOME, kumpulan kodnya ialah 8000-8999.
3. Dalam bentuk Penyata Untungrugi yang mudah, tiap-tiap akaun lain-lain pendapatan / perbelanjaan mahu dipaparkan dalam Penyata Untungrugi dibawah label OTHER INCOMES. Untuk mencapai bentuk ini, kod bagi tiap-tiap akaun hendaklah diakhiri dengan 000. Rancang saiz 4 nombor pertama bagi setiap akaun untuk menentukan susunannya dalam Penyata Untungrugi dibawah labelnya.
4. Dalam bentuk Penyata Untungrugi yang lain, kadangkala lain-lain pendapatan / perbelanjaan di letakkan dalam satu akaun induk. Nama akaun induk yang biasa ialah OTHER INCOMES (juga ! Iaitu sama ejaannya seperti labelnya). Dalam bentuk ini, hanya item induk yang mahu dipaparkan dalam Penyata Untungrugi, oleh itu kod bagi item induk ini diakhiri dengan 000. Kod-kod bagi akaun-akaun dibawah item induk itu tidak diakhiri dengan 000.
Rancang saiz 4 nombor pertama bagi setiap akaun induk untuk menentukan susunannya dalam Penyata Untungrugi.
Bagi setiap akaun dibawah item induk tertentu, 4 nombor pertama dalam kod hendaklah sama dengan 4 nombor pertama bagi aitem induknya. Tiga (3) nombor terakhir dalam kod hendaklah bukan 000 kerana 000 digunakan untuk item induknya.
Rancang saiz 3 nombor terakhir bagi setiap akaun anak induk untuk menentukan susunannya dibawah item induknya.
Contoh dimana ada item induk :
Kod : Nama Akaun
8000-000 : Lain-Lain Pendapatan ---------- > Item ; >induk
8000-001 : Lain-Lain Pendapatan - Jualan Bahan Buangan
8000-005 : Lain-Lain Pendapatan - Jualan Harta Tetap
Contoh dimana setiap akaun adalah item induk bagi dirinya :
Kod : Nama Akaun
8001-000 : Lain-Lain Pendapatan - Jualan Bahan Buangan
8005-000 : Lain-Lain Pendapatan - Jualan Harta Tetap
Contoh bergambar dalam Carta Akaun dimana setiap akaun adalah item induk :
Gambar 107
Contoh bergambar dalam Carta Akaun dimana ada item induk :
Gambar 108
No comments:
Post a Comment