5.4.6 Meminda Kod Dan Nama Akaun Dalam Carta Akaun
Untuk meminda atau mengubah kod akaun atau nama (deskripsi) satu-satu akaun, kita gunakan Menu Boss.
Sila rujuk pada bab 18.2 (Menggunakan Menu Boss) untuk cara mendapatkan menu ini.
Selepas kita masuk ke Menu Boss, kita akan peroleh dialog berikut, dimana terdapat butang bertulis Tukar Nombor Akaun :
Gambar 65a
Bila kita klik butang ini, kita akan menerima dialog bertajuk Tukar Nombor Akaun seperti berikut :
Gambar 66
Disini, kita perlu mengisi ruang No. Akaun Lama), No. Akaun Baru) dan Jenis Akaun (bagi akaun yang baru).
Selepas itu, klik butang OK. Kita akan jumpa semula dialog Menu Boss. Pada menu ini, klik butang Applikasi. Kemudian klik butang Keluar. Seharusnya pertukaran telah dilakukan oleh Sistem.
Jika kita mengisi No. Akaun (baru) tetapi nombor ini telah diguna untuk akaun lain, kita akan menerima makluman seperti berikut :
Gambar 67
Kita boleh memeriksa samada pertukaran telah dibuat dengan betul dengan menggunakan menu Lejar | Cetak carta Akaun. Semak samada akaun lama telah tiada dan akaun baru telah disenaraikan.
No comments:
Post a Comment