5.4.2.6.1 Kaitan Antara Jenis Akaun Dengan Kunci Kira-Kira
Terdapat kaitan antara Jenis Akaun dengan laporan Kunci Kira-Kira dan Penyata Untungrugi. Tiap-tiap item Jenis Akaun akan menjadi tajuk-tajuk utama dalam salah satu laporan-laporan itu. Berikut ialah contoh bagaimana Jenis Akaun akan dipamirkan dalam Kunci Kira-Kira :
Gambar 43
Dalam contoh diatas, ditunjukkan Jenis Account Aset Tetap, Lain-Lain Aset dan Aset Semasa. Lain-lain Jenis Akaun berada dibawah Jenis-Jenis Akaun itu dan tidak kelihatan dalam gambar diatas.
Susunan Jenis-Jenis Akaun dalam Kunci Kira-Kira ditetapkan melalui menu Sistem | Penentuan Kedudukan | Penentuan Umum. Satu dialog bertajuk Pemasangan Am akan muncul.
Gambar 43a
>Klik pada tab M.S. 3. Lihat pada kotak dibawah label Menukar Format A/K Kunci Kira-Kira. Disinilah susunan dalam Kunci Kira-Kira bagi Jenis-Jenis Akaun ditetapkan. Perhatikan huruf A mewakili Modal, B mewakili Liabiliti Jangka Panjang dan seterusnya.
Untuk menukar susunan Jenis Akaun dalam Kunci Kira-Kira, tukar susunan dalam kotak dibawah label Menukar Format A/K Kunci Kira-Kira, kemudian klik butang OK (Jangan klik butang Kembali ke Asal kerana ini akan menyebabkan susunan asal dikekalkan iaitu DEFGIABCO).
No comments:
Post a Comment