26 November 2011

5.4.2.5 Mengisi Ruang 'Kod Negara'

5.4.2.5 Mengisi Ruang 'Country Code' (Kod Negara)

Klik pada kepala anak-panah dikanan ruang Kod Negara. Kita akan menerima satu dialog bertajuk Penyenaraian Mata Wang :

Gambar 40

Jika dialog ini tidak mengandungi apa apa senarai, ini bermakna anda belum pernah mengisi senarai matawang asing dan kadar pertukaran matawang asing. Untuk mengisi senarai matawang asing dan kadar pertukaran matawang asing, gunakan menu Lejar | Menu Mata Wang Asing | Penyelenggaraan Ukuran.

Jika dialog ini mengandungi senarai mata wang, anda boleh klik pada satu item dalam senarai untuk memilih item itu. Kemudian klik butang OK. Dialog ini akan hilang dan item tadi akan masuk dalam ruang Kod Negara dalam dialog Penyelenggaraan A/K Lejar Am.

Sila lihat bab 10 (Mengendali Matawang Asing) untuk keterangan lanjut.

Ruang ini tidak semestinya diisi. Ia boleh ditinggalkan kosong jika akaun tertentu tidak melibatkan pertukaran mata wang asing.

Kesan kita mengisi ruang Kod Negara ialah seperti berikut : Jika kita mengisi ruang ini, Sistem akan meminta kita mengisi amaun dalam matawang asing apabila kita mengisi butiran transaksi (melalui menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga) yang melibatkan akaun ini.

Matawang asal yang digunakan bagi setiap transaksi ditetapkan melalui menu Sistem | Penentuan Kedudukan | Penentuan Umum | M.S 3. Di Malaysia, Sistem mengenalpasti matawang RM secara automatik.

Komen :

Nampaknya lebih sesuai jika Sistem mengubah label Kod Negara kepada Kod Matawang kerana sebenarnya ruang ini perlu diisi dengan nama atau kod matawang.

No comments: