15 November 2011

5.5.13 Mengendali Kod Akaun Pengarah

5.5.13 Mengendali Kod Akaun Pengarah

Akaun Pengarah (DIRECTOR A/C) ialah akaun untuk mengendali wang yang dipinjamkan oleh seseorang Pengarah kepada Syarikat, atau mungkin juga wang yang dipinjamkan Syarikat kepada seseorang Pengarah.

Mungkin terdapat lebih dari seorang pengarah yang terlibat. Akaun pengarah mungkin berbaki Debit atau Kredit.

Item induk (untuk memegang jumlah bagi semua akaun pengarah) dan anak induk (bagi tiap-tiap pengarah yang terlibat) direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.

Kenalpasti Jenis Akaun yang sesuai bagi akaun Pengarah itu. Contohnya jika dijangka ia akan berbaki Debit, maka ia sesuai diletak dibawah Jenis Akaun Aset Semasa . Jika dijangka ia akan berbaki Kredit, maka sesuai ia diletak dibawah Jenis Akaun Liabiliti Semasa .

Pastikan angka pertamanya (item induk atau anak induk) sama dengan skim Jenis Akaun nya. (Jika Aset Semasa, angka pertamanya ialah 3. Jika Liabiliti Semasa, angka pertama dalam kodnya ialah 4).

Rancang saiz 4 nombor pertamanya untuk menentukan susunannya dalam Jenis Akaunnya (pasti ada item-item lain dalam Jenis Akaun nya).

Tentukan item yang akan menjadi item induk dan anak induk. Item induk harus diakhiri dengan 3 digit terakhir 000. Item anak induk harus diakhiri dengan 3 digit terakhir yang bukan 000. Bagi item anak induk, rancang saiz nombornya untuk menentukan susunannya dibawah item induk nya.

Contoh dalam Carta Akaun :

Gambar 96

No comments: