5.5.19 Mengendali Kod Anak Syarikat
Transaksi dengan anak-anak syarikat (SUBSIDIARY COMPANY) perlu ditunjukkan dalam akaun yang tersendiri bagi tiap-tiap anak syarikat.
Biasanya, item anak syarikat perlu ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira, oleh itu kita perlu ada item induk dan anak induk bagi Anak Syarikat. Kedua-duanya direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Berikut ialah langkah-langkah untuk memberi kod bagi setiap anak syarikat :
1. Satu akaun anak syarikat mungkin berbaki Debit dan yang lain pula mungkin berbaki Kredit, tetapi kita terpaksa mengenalpastikan hanya satu saja Jenis Akaun bagi keseluruhan anak syarikat. Oleh itu, kita terpaksa memilih untuk meletakkannya dibawah satu saja Jenis Akaun, iaitu samada Liabiliti Semasa sahaja atau Aset Semasa sahaja. Ini bermakna, ada kemungkinan kita memilih Jenis Akaun Liabiliti Semasa bagi anak syarikat yang berbaki Debit dan ada kemungkinan kita memilih Jenis Akaun Aset Semasa bagi anak syarikat yang berbaki Kredit.
Nota :
Dalam standad perakaunan, Anak Syarikat perlu ditunjukkan berasingan dalam Kunci Kira-Kira, tetapi Sistem tidak mempunyai Jenis Akaun Anak Syarikat, oleh itu, kita harus memilih Jenis Akaun yang berdekatan iaitu samada CURRENT LIABILITIES atau CURRENT ASSETS.
2. Kenalpasti siri kumpulan kod bagi Jenis Akaun yang telah kita pilih. Bagi Liabiliti Semasa, kumpulan kodnya ialah 4000-4999. Jika Aset Semasa, kumpulan kodnya ialah 3000-3999.
3. Pastikan angka pertama dalam kodn item induk dan anak induk adalah sama dengan skim Jenis Akaun nya, iaitu 4 (Jika Liabiliti Semasa) atau 3 (jika Aset Semasa), yang mana berkenaan.
4. Pilih mana-mana 4 nombor pertama asalkan berada dalam kumpulan kod 4000-4999 (jika Liabiliti Semasa) atau 3000-3999 (jika Aset Semasa). Bagi item induk, rancang saiz nombornya untuk menentukan susunannya dalam Kunci Kira-Kira kerana ada Jenis Akaun lain dalam Kunci Kira-Kira). Bagi 3 angka terakhir item induk, pastikan angkanya ialah 000 (supaya tertera dalam Kunci Kira-Kira) dan bukan 000 bagi item anak induk.
5. Tentukan nama bagi item induknya. Nama item induk yang biasa dipakai ialah SUBSIDIARY COMPANY.
Contoh :
Kod : Nama Akaun
4080-000 : Subsidiary Company ------------- > Item induk
4080-S01 : Subsidiary - Satay London Bhd
4080-T01 : Subsidiary - Trus Maju Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment