5.5.28 Mengendali Kod Stok Awal Barang Belum Siap
Sesebuah perniagaan biasanya mempunyai stok awal bagi barang belum (separa) siap. Satu akaun harus dibuka untuk mengendali transaksi setiap satu jenis stok awal barang separa siap. Kemudian, satu akaun induk dibina untuk memegang jumlah besar bagi semua nilai stok-stok awal barang separa siap itu.
Item induk dan anak induk bagi Stok Awal barang Belum Siap direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Akaun induk bagi stok awal bahan mentah akan ditunjukkan dalam Akaun Pengilangan (Akaun Perkilangan). Biasanya Akaun Pengilangan ialah salah satu item induk dalam Penyata Untungrugi.
Dalam Akaun Pengilangan, bila kita dwi-klik pada item induk, satu senarai item-item anak induknya akan dipaparkan dalam satu tetingkap lain.
Berikut ialah langkah-langkah untuk memberi kod bagi Stok Awal barang separa siap dan kod induknya:
1. Kenalpasti Jenis Akaun (Jenis Akaun) yang sesuai bagi setiap kategori stok awal barang separa siap. Ia sesuai diletak dibawah Jenis Akaun (Jenis Akaun) COST OF GOODS SOLD (Kos Jualan).
2. Kenalpasti siri kumpulan kod bagi Jenis Akaun berkenaan. Bagi COST OF GOODS SOLD, kumpulan kodnya ialah 6000-7999.
3. Kenalpasti item induk baginya. Jika item induk belum ada yang sesuai baginya, fikirkan satu yang sesuai. Nama item induk yang biasa dipakai ialah AKAUN PERKILANGAN. Bagi item induk, pilih apa-apa nombor asalkan berada dalam kumpulan kod 6000-7999. Pastikan angka pertamanya sama dengan skim Jenis Akaun nya, iaitu 6 atau 7. Rancang saiz nombor item induk (untuk menentukan susunannya dalam Penyata Untungrugi dibawah label Jenis Akaun nya jika ada item induk lain dalam Jenis Akaun nya. Biasanya item induk perlu ditunjukkan dalam Penyata Untungrugi, oleh itu kodnya diakhiri dengan 000.
4. Bagi item anak induk, empat (4) nombor pertama kodnya hendaklah sama dengan item induknya.). Rancang saiz 3 nombor terakhirnya (untuk menentukan susunannya dibawah item induknya jika ada beberapa akaun anak induk lain dibawah item induknya).
Contoh :
Kod : Nama Akaun
7000-000 - AKAUN PERKILANGAN
7000-080 - Opening Stock - Work In Progress - Brand AA
7000-081 - Opening Stock - Work In Progress - Brand BB
No comments:
Post a Comment