17 November 2011

5.4.5 Memadam Akaun Dari Carta Akaun

5.4.5 Memadam Akaun Dari Carta Akaun

Kadang kadang kita memasukkan kod akaun yang salah, atau kita tidak suka dengan ejaan bagi nama akaun yang telah kita rekodkan, atau selepas beberapa tahun, ada kemungkinan sesuatu nama akaun itu tidak diperlukan lagi. Itu adalah beberapa contoh alasan untuk kita memadam kod atau nama akaun dari senarai pada Carta Akaun.

Untuk memadam satu akaun, kita gunakan menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am. Kita akan nampak dialog bertajuk Penyelenggaraan A/K Lejar Am seperti berikut :

Gambar 63

Gunakan butang Atas, Sebelum, Selepas atau Bawah untuk mencari nama akaun yang kita hendak padam. Atau, gunakan butang Cari untuk mencari akaun berkenaan. Selepas jumpa (butiran akan dipaparkan pada dialog ini), klik pada butang Padam.

Selepas kita klik butang Padam, kadang-kadang kita akan menerima makluman seperti berikut :

Gambar 64

Ini bermakna Sistem tidak membenarkan kita memadam nama akaun ini kerana akaun ini masih mempunyai baki. Klik OK untuk menamatkan makluman ini.

Jika akaun yang hendak dipadam tidak mempunyai baki, Sistem akan meminta pengesahan seperti berikut :

Gambar 65

Klik Ya jika kita mahu memadam, atau klik Tidak jika kita menarikbalik keputusan memadam akaun itu.

Untuk memeriksa samada akaun itu telah benar-benar dipadam, anda boleh memeriksanya melalui menu Lejar | Cetak Carta Akaun.

No comments: