12. Membuat Penyata Penyesuaian Bank
Untuk membuat Penyata Penyesuaian bank, kita gunakan menu Laporan | Laporan Selanjutnya (1) | Penyesuaian bank. Bila kita klik menu ini, satu dialog bertajuk Penyesuaian bank seperti berikut akan muncul :
Jika kita menanda pada kotak Browse 2nd Deep, maka nombor cek akan dipaparkan dibawah ruang 2nd Description :
Gambar 239
Gunakan ruang M untuk menanda item yang ada dalam Penyata Bank :
Gambar 240
Selepas kita klik butang Print (Cetak ke Skrin), hasilnya ialah satu penyata penyesuaian bank seperti contoh berikut :
Gambar 241
Perhatikan penyata penyesuaian diatas bermula dengan BALANCE AS PER BANK STATEMENT (Baki Pada Penyata Bank). Ini kerana secara automatik, dalam dialog Penyesuaian bank, kotak Print Start From Bank Statement (Cetak Bermula Dengan Penyata Bank) adalah ditanda. Jika kita mahu penyata bermula dengan BALANCE AS PER BANK ACCOUNT (Baki Pada Akaun Bank), jangan tanda pada kotak Print Start From Bank Statement.
Selepas kita klik Exit, akan ditunjukkan hanya item yang masih belum tersesuai :
Gambar 242
Untuk melihat semua transaksi samada yang sudah disesuaikan atau belum, buang tanda pada kotak Mark Only (Bertanda Sahaja).
Jika kita telah melakukan kesilapan dalam menanda pada ruang M, kita boleh membuat pembetulan dengan membuang tanda pada kotak Mark Only. Selepas kita membuang tanda pada kotak ini, kita akan dapat melihat semua transaksi dan dari sini kita boleh membetulkan tanda pada kolum M.
No comments:
Post a Comment