9.2.10 Mengendali Bayaran Dari Penghutang Perniagaan
Untuk mencatit bayaran yang dibuat oleh Penghutang Perniagaan, gunakan menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga dimana kita akan peroleh dialog bertajuk Transactions File Maintenance (Kawalan Fail Transaksi) :
Gambar 212
Mula-mula kita akan Debitkan akaun Bank. Kemudian kita Kreditkan akaun Penghutang Perniagaan yang berkenaan.
Jika kita telah set maklumat Penghutang Perniagaan (melalui menu Penghutang | Pengendalian Fail Penghutang) itu sebagai bukan Open Item Debtor, kita akan temui tetingkap bertajuk Knock Off Bills (Padankan Inbois) seperti berikut :
Gambar 213
Dalam kotak disebelah kanan, ditunjukkan senarai inbois yang belum dibayar dan bayaran yang kita mahu buat (dalam contoh ini kita mahu membayar RM4,000.00).
Dwi-klik pada amaun bayaran itu dan inbois-inbois yang hendak dipadankan dengan amaun bayaran itu. Item yang di dwi-klik akan berpindah ke kotak sebelah kiri. Pastikan jumlah dibawah kotak sebelah kiri itu ialah kosong (0.00) untuk mempastikan jumlah bayaran sama dengan jumlah amaun inbois yang terpadan.
Gambar 214
Gunakan butang Reject (Buang) untuk memindahkan semula item disebelah kiri ke sebelah kanan (Klik pada item yang hendak dipindahkan kesebelah kanan kemudian klik butang Reject).
Setelah pasti dengan bayaran dan inbois-inbois yang dipadankan (yang disenaraikan di kotak sebelah kiri), Klik butang Accept (Terima). Sistem akan memadankan bayaran dengan inbois-inbois berkenaan.
(Untuk mengingat semula, kita boleh set Open Item Debtor pada tetingkap Pengendalian Fail Penghutang)
Gambar 215
(Jika kita menanda pada kotak Open Item Debtor, ini bermakna Penghutang itu ialah Open Item Debtor (Penghutang Item Terbuka). Pada asalnya, kotak Open Item Debtor tidak bertanda bagi tiap-tiap Penghutang, menunjukkan ia adalah Closed Item Debtor).
Jika satu-satu Penghutang Perniagaan diset sebagai Closed Item Debtor (dengan tidak menanda pada kotak Open Item Debtor), maka tetingkap Knock-Off Bills akan timbul bila kita merekod bayaran.
Jika satu-satu Penghutang Perniagaan diset sebagai Open Item Debtor (dengan menanda pada kotak Open Item Debtor), maka tetingkap Knock-Off Bills tidak akan timbul bila kita merekod bayaran. Sebagai ganti kita boleh gunakan menu Urusniaga | Open Item Menu Debtor | Knock Off Bills untuk mendapatkan dialog Knock-Off Bills untuk memadankan bayaran dengan inbois.
Sila ingat kita hanya boleh set Open Item Debtor keatas Penghutang Perniagaan sahaja, iaitu Penghutang yang kita rekodkan melalui menu Penghutang | Pengendalian Fail Penghutang, tidak keatas lain-lain Penghutang.
No comments:
Post a Comment