15 November 2011

5.5.21 Mengendali Kod Pendapatan

5.5.21 Mengendali Kod Pendapatan

Sesebuah perniagaan biasanya menerima pendapatan (INCOME) dari beberapa punca, seperti Jualan Hutang, Jualan Tunai, Jualan Ekspot, Jualan Tempatan dan sebagainya. Sebaiknya, satu akaun dibuka untuk mengendali transaksi dari setiap satu punca.

Item bagi Pendapatan direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.

Biasanya, akaun pendapatan akan berbaki Kredit.

Berikut ialah langkah-langkah untuk memberi kod bagi setiap punca :

1. Kenalpasti Jenis Akaun yang sesuai bagi setiap punca. Biasanya, ia sesuai diletak dibawah Jenis Akaun INCOME (Pendapatan). Dalam Penyata Untungrugi, Pendapatan akan dipaparkan dibawah label SALES.

2. Kenalpasti siri kumpulan kod bagi Jenis Akaun berkenaan. Bagi INCOME, kumpulan kodnya ialah 5000-5999.

3. Kenalpasti nama bagi item induk dan item anak induk.

4. Pastikan angka pertama dalam kod bagi item induk dan anak induk sama dengan skim Jenis Akaun nya, iaitu 5.

5. Pilih apa-apa 4 nombor pertama bagi kod item induk dan anak induk asalkan berada dalam kumpulan kod 5000-5999.

6. Rancang saiz nombor kod item induk untuk menentukan susunannya dalam Penyata Untungrugi dibawah label SALES jika ada Jenis Akaun lain.

7. Bagi item induk, anda mahu tunjukkannya dalam Penyata Untungrugi, oleh itu kodnya diakhiri dengan 000.

8. Rancang saiz 3 nombor terakhir dalam kod item anak induk (untuk menentukan susunannya dibawah item induknya).

Contoh dalam Carta Akaun :

Gambar 101

Contoh hasil dalam Penyata Untungrugi :

Gambar 102

No comments: