9.2.8 Memeriksa Transaksi
Kita boleh memeriksa transaksi yang telah kita rekodkan (menggunakan menu Transactions | Pengendalian Urusniaga) melalui menu Reports | Laporan Selanjutnya (1) | Check Transactions :
Gambar 209
Kita boleh menetapkan ciri-ciri transaksi yang kita mahu lihat semula dengan mengisi atau memilih ruang-ruang yang diberikan, kemudian klik butang OK.
Sedikit panduan untuk mengisi ruang-ruang diatas :
Jika ruang Period dikosongkan, semua transaksi akan dipaparkan.
Jika ruang Dept. No. dikosongkan, semua Bahagian akan dipaparkan.
Account No 0000/000 hingga zzzz/zzzz bermakna semua akaun akan dipaparkan.
Amaun Debit 9999999999.99 bermakna semua amaun Debit akan dipaparkan.
Amaun Credit 9999999999.99 bermakna semua amaun Kredit akan dipaparkan.
Selepas kita klik butang OK, hasilnya akan ditayangkan dalam satu tetingkap berasingan bertajuk Transactions Listing. Contohnya seperti berikut :
Gambar 210
Dwi-klik pada satu baris akan membuka tetingkap Transactions File Maintenance bagi baris berkenaan.
Gambar 211
Dari sini kita boleh membuat pindaan pada butiran transaksi yang dipaparkan dan lain-lain aktibiti (lihat bab 9.2 Merekod Transaksi Semasa).
No comments:
Post a Comment