6. Merancang Kumpulan Transaksi
Kumpulan Transaksi = Batch Of Transactions.
Untuk merekod transaksi urusniaga, kita gunakan menu Transactions | Managing Transactions (Urusniaga | Mengendali Urusniaga). Bila kita klik menu ini kita akan jumpa dialog bertajuk Transactions File Maintenance (Kawalan Fail Transaksi) seperti ini :
Gambar 123
Perhatikan, ada ruang Batch Title (Tajuk Kumpulan Transaksi) dan Batch No(Nombor Kumpulan Transaksi). Ini bererti kita harus menyediakan dahulu Batch No dan Batch Title sebelum kita dapat merekod transaksi.
Kita dikehendaki terlebih dahulu merancang membahagikan transaksi-transaksi dalam setahun kepada beberapa kumpulan yang sesuai. Sudah tentu terdapat beratus-ratus atau beribu-ribu transaksi dalam setahun. Tujuannya ialah supaya nanti akan memudahkan kita mencari semula rekod-rekod terutamanya jika jumlah transaksi adalah banyak (contohnya jika mencecah berpuluh ribu). Jika jumlah transaksi dalam setahun tidak banyak, anda masih perlu mengenalpasti transaksi mengikut Bulan (Ini kerana akaun boleh ditutup secara bulanan).
Adalah penting kita merancang terlebih dahulu apakah kumpulan-kumpulan transaksi yang akan kita bina dalam Sistem.
Biasanya transaksi-transaksi dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan jenis urusniaga yang serupa dan bulan serta tahun transaksi berlaku. Berikut ialah contoh kumpulan transaksi yang dirancang :
Jualan - Jan 04
Belian - Jan 04
Wang Panjar - Jan 04
Bank ABC - Jan 04
Bank XYZ - Jan 04
Jernal - Jan 04
Jualan - Feb 04
Belian - Feb 04
Wang Panjar - Feb 04
Bank ABC - Feb 04
Bank XYZ - Feb 04
Jernal - Feb 04
Jualan - Mac 04
Belian - Mac 04
Wang Panjar - Mac 04
Bank ABC - Mac 04
Bank XYZ - Mac 04
Jernal - Mac 04
Jualan - Apr 04
Belian - Apr 04
Wang Panjar - Apr 04
Bank ABC - Apr 04
Bank XYZ - Apr 04
Jernal - Apr 04
Jualan - Mei 04
Belian - Mei 04
Wang Panjar - Mei 04
Bank ABC - Mei 04
Bank XYZ - Mei 04
Jernal - Mei 04
Jualan - Jun 04
Belian - Jun 04
Wang Panjar - Jun 04
Bank ABC - Jun 04
Bank XYZ - Jun 04
Jernal - Jun 04
Jualan - Jul 04
Belian - Jul 04
Wang Panjar - Jul 04
Bank ABC - Jul 04
Bank XYZ - Jul 04
Jernal - Jul 04
Jualan - Ogo 04
Belian - Ogo 04
Wang Panjar - Ogo 04
Bank ABC - Ogo 04
Bank XYZ - Ogo 04
Jernal - Ogo 04
Jualan - Sep 04
Belian - Sep 04
Wang Panjar - Sep 04
Bank ABC - Sep 04
Bank XYZ - Sep 04
Jernal - Sep 04
Jualan - Okt 04
Belian - Okt 04
Wang Panjar - Okt 04
Bank ABC - Okt 04
Bank XYZ - Okt 04
Jernal - Okt 04
Jualan - Nov 04
Belian - Nov 04
Wang Panjar - Nov 04
Bank ABC - Nov 04
Bank XYZ - Nov 04
Jernal - Nov 04
Jualan - Dis 04
Belian - Dis 04
Wang Panjar - Dis 04
Bank ABC - Dis 04
Bank XYZ - Dis 04
Jernal - Dis 04
Untuk merekodkan Batch No (Nombor Kumpulan Transaksi) dan Batch Title (Nama Kumpulan Transaksi), kita gunakan menu Transactions | Organise Batches. Selepas kita klik menu ini, kita akan nampak dialog bertajuk Organise Batches (Atur Kumpulan Transaksi) seperti berikut :
Gambar 124
Untuk mula merekod, klik butang Add.
Mengklik butang Generate juga akan menghasilkan Kumpulan Transaksi tetapi anda dinasihatkan supaya jangan gunakan butang ini kerana ditakuti hasilnya tidak sesuai dengan situasi perniagaan anda.
Perlu diingatkan bahawa apabila Batch No (Nombor Kumpulan Transaksi) telah direkodkan, ia tidak boleh dipadam dengan mudah. Oleh itu rancang dengan teliti, tuliskan diatas kertas sebelum merekodkan. Biasanya, kesilapan memang tidak dapat dielakkan.
Apabila kita klik butang Add, rekod boleh diisi baris demi baris. Secara automatik Sistem akan memberi Batch No (Nombor Kumpulan Transaksi) 1 pada baris pertama. Ingat, nombor ini tidak mudah dipadam. Kemudian kita klik pada ruang Title (Nama Kumpulan Transaksi) untuk mengisi ruang ini dengan nama kumpulan transaksi mengikut perancangan kita. Setelah mengisi ruang ini, klik kekunci Enter di kibod. Ini akan merekodkan Nama Kumpulan Transaksi.
Untuk mengisi baris seterusnya, klik lagi butang Add. Secara automatik Sistem akan memberi Batch No (Nombor Kumpulan Transaksi) 2 pada baris kedua. Ingat, nombor ini juga tidak mudah dipadam. Kemudian kita klik pada ruang Title (Nama Kumpulan Transaksi) untuk mengisi ruang ini mengikut perancangan kita. Setelah mengisi ruang ini, klik kekunci Enter di kibod. Ini akan merekodkan Nama Kumpulan Transaksi yang kita tuliskan.
Begitulah seterusnya kita mengisi dari baris ke baris.
Jika bilangan Kumpulan terlalu banyak kita boleh menghabiskannya dilain kali, atau merekod Kumpulan Transaksi yang hendak digunakan pada masa terdekat dahulu.
Sistem menghendaki sekurang-kurangnya mestilah ada satu Kumpulan Transaksi.
Klik butang Exit untuk keluar dari dialog ini.
Setelah kita mengisi dialog ini, barulah kita boleh mengisi transaksi (menggunakan menu Transaction | Managing Transactions).
Ruang Pin
Ruang Pin (Personal Identification Number) (Nombor Pengenalan Diri) tidak perlu diisi dulu. Jika anda mahu mengisi, anda boleh memilih mengisinya dengan angka 0, 1, 2, 3 atau 4, iaitu sama seperti yang terdapat dalam dialog bila anda memulakan Sistem. Sebagai ingatan semula, ingat dialog ini :
Gambar 125
Penggunaannya hendaklah ia digunakan bersama dengan Password (kata laluan). Jika Kumpulan Transaksi tertentu di tanda dengan salahsatu Pin ini, hanya pengguna yang tahu nombor dan kata laluan akan dapat masuk ke Kumpulan Transaksi itu untuk menambah data atau meminda data.
Ruang Lock Status
Ruang Lock Status (Status Kuncian) boleh digunakan untuk mengunci Kumpulan Transaksi tertentu. Sila lihat bab 6.5 Mengunci Kumpulan Transaksi.
Ruang Period
Ruang Period (Tempoh) boleh ditinggalkan dahulu. Secara automatik Sistem akan mengisi dengan 0 pada ruang ini. Period 0 bermakna Sistem akan secara automatik menuruti skim tempoh yang anda tetapkan dalam menu System | Run Setup | General Setting | Page 1. Untuk mengimbas kembali, berikut ialah gambaran dialog berkenaan :
Gambar 126
No comments:
Post a Comment