15 November 2011

5.5.6 Mengendali Kod Wang Di Bank

5.5.6 Mengendali Kod Wang Di Bank

Biasanya sesebuah perniagaan mempunyai akaun wang di beberapa buah bank. Jumlah wang di semua bank akan ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira sebagai Wang Di Bank (CASH AT BANK).

Nota :

Sedikit sebanyak anda perlu mengetahui maksud Wang Di Bank dari segi perakaunan.

Dalam Carta Akaun, kita perlu mempunyai kod-kod yang setiap satunya mengandungi nama tiap-tiap bank (item anak induk) dan satu kod induk bagi memegang jumlah wang di semua bank. Hanya nama dan amaun bagi kod induk yang akan dipaparkan di Kunci Kira-Kira.

Item induk dan anak induk bagi Wang Di Bank direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.

Katakan kita mempunyai 3 akaun bank iaitu Bank A, Bank B dan Bank C. Kod induk (bagi jumlah) dan kod bagi tiap-tiap bank hendaklah terdiri dari 4 angka pertama yang sama, diikuti dengan 3 angka terakhir. Bagi kod induk, 3 angka terakhir hendaklah 000. Bagi tiap-tiap bank (anak induk), 3 angka terakhir hendaklah selain dari 000, biasanya campuran abjad dan angka.

Sebelum kita memilih 4 digit pertama bagi kod, kita harus mengenalpasti Jenis Akaun yang sesuai bagi Wang Di Bank. Nampaknya, Jenis Akaun yang sesuai ialah CURRENT ASSETS. Bagi CURRENT ASSETS, 4 digit pertama dalam kod hendaklah diantara 3000 hingga 3999.

Kita harus ingat juga bahawa saiz nombor dalam 4 digit pertama akan menentukan kedudukan item dibawah Jenis Akaun nya dalam Kunci Kira-Kira. Nombor yang lebih kecil akan dipaparkan lebih dahulu dari nombor yang lebih besar. Biasanya, kita mahu Wang Di Bank di paparkan selepas Lain-Lain Penghutang. Oleh itu nombor 4 digit pertama hendaklah lebih besar dari Lain-Lain Penghutang. Contohnya, jika kod Lain-Lain Penghutang ialah 3005, maka kod bagi Wang Di Bank boleh jadi 3010, atau mana mana nombor asalkan lebih besar dari 3005.

Berikut ialah contoh dalam Carta Akaun :

Gambar 78

Berikut ialah contoh hasil dalam Kunci Kira-Kira :

Gambar 79

Selepas kita menetapkan 4 digit pertama, kita perlu menetapkan pula 3 digit terakhir. Sistem mencadangkan supaya digit paling kiri dalam 3 digit terakhir itu diisi dengan huruf permulaan nama item dan 2 digit terakhir diisi dengan nombor.

Contoh-contoh ialah seperti berikut :

Nama item : Kod Penuh

Bank A : 3010/A01

Bank B : 3010/B01

Bank C : 3010/C01

Nota :

Walaupun kod induk (yang berakhir dengan 000) merupakan kod yang memegang jumlah besar, ia masih boleh diberi amaun melalui menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga. Oleh itu berhati-hati supaya anda tidak tersilap memilih kod induk itu sebagai akaun yang didebitkan atau dikreditkan.

Nota :

Mengendali Kod Wang Di Bank diberi contoh dalam buku ini kerana pada masa buku ini ditulis, standad dalam laporan perakaunan memerlukan item ini ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira.

No comments: