12 November 2011

9.2.4 Mengunci Data Transaksi

9.2.4 Mengunci Data Transaksi

Kita boleh menghalang pindaan daripada dapat dilakukan pada data transaksi yang kita telah rekodkan melalui menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga.

Kita tahu kita boleh mengunci Kumpulan Transaksi untuk menghalang pindaan dilakukan pada data dalam Kumpulan Transaks tertentu. (Sila lihat bab 6.5 Mengunci Kumpulan Transaksi untuk keterangan lanjut). Selain dari mengunci Kumpulan Transaksi, kita boleh juga menghalang data daripada dipinda dengan melakukan operasi melalui Menu Boss.

Sila rujuk bab 18.2 Mengendali Menu Boss untuk keterangan bagaimana mendapatkan menu ini.

Pada dialog Boss Menu ini, ada item Allow Edit Transaction (Benarkan Pindaan Transaksi) :

Gambar 193

Buangkan tanda pada kotak dikiri item itu. Kemudian klik butang Apply (Laksanakan). Klik butang Exit untuk keluar dari dialog ini.

Selepas ini, kita tak akan dibenarkan membuat pindaan pada mana-mana transaksi dalam mana-mana Kumpulan Transaksi. Butang Edit dalam dialog Urusniaga | Pengendalian Urusniaga akan menjadi kelam dan tidak akan bertindakbalas :

Gambar 194

No comments: