9.2.11 Mengendali Bayaran Kepada Pemiutang Perniagaan
Untuk mencatit bayaran yang dibuat kepada Pemiutang Perniagaan, gunakan menu Transactions | Pengendalian Urusniaga :
Gambar 216
Mula-mula kita akan Debitkan akaun Pemiutang Perniagaan, kemudian kita Kreditkan akaun Tunai atau Bank yang berkenaan, atau membuat catatan kredit dulu dan diikuti dengan catatan debit, atau menggunakan Quick Entry.
Jika kita telah set maklumat Pemiutang Perniagaan (melalui menu Pemiutang | Pengendalian Fail Pemiutang) itu sebagai Closed Item Creditor (Pemiutang Item Tertutup), kita akan temui tetingkap bertajuk Knock Off Bills sama seperti semasa menerima bayaran dari Penghutang, seperti berikut :
Gambar 217
Dalam tetingkap disebelah kanan ditunjukkan senarai inbois yang belum dibayar dan jumlah bayaran yang sedang dibuat (dalam contoh ini RM4,000.00).
Dwi-klik pada amaun bayaran itu dan inbois-inbois yang hendak dibayar dengan amaun itu. Item yang di dwi-klik akan berpindah ke kotak sebelah kiri. Pastikan jumlah di kotak sebelah kiri ialah kosong (0.00).
Gambar 218
Gunakan butang Reject untuk memindahkan semula item disebelah kiri ke sebelah kanan.
Setelah pasti dengan bayaran dan inbois-inbois yang berkenaan (yang disenaraikan di kotak sebelah kiri), Klik butang Accept (Terima). Sistem akan memadankan bayaran dengan inbois.
Untuk mengingat semula dimana kita boleh set Open Item Creditor, berikut ialah gambarnya (iaitu di tetingkap Pengendalian Fail Pemiutang) :
Gambar 219
(Jika kita menanda pada kotak Open Item Creditor, ini bermakna Pemiutang itu ialah Open Item Creditor ( Pemiutang Item tertutup). Pada asalnya, kotak Open Item Creditor tidak bertanda bagi tiap-tiap Pemiutang, menunjukkan ia adalah Closed Item Creditor pada asalnya. Jika kita tidak menanda pada kotak itu, ini menjadikan Pemiutang itu Closed Item Creditor (Pemiutang tertutup)).
Jika satu-satu Pemiutang Perniagaan diset sebagai Closed Item Creditor (dengan tidak menanda kotak Open Item Creditor), maka tetingkap Knock-Off Bills akan timbul bila kita merekod bayaran.
Jika satu-satu Pemiutang Perniagaan diset sebagai Open Item Creditor (dengan menanda pada kotak Open Item Creditor), maka tetingkap Knock-Off Bills tidak akan timbul bila kita merekod bayaran. Sebagai ganti kita boleh gunakan menu Urusniaga | Open Item Menu Creditor | Knock Off Bills untuk mendapatkan dialog Knock-Off Bills untuk memadankan bayaran dengan inbois.
Sila ingat kita hanya boleh set Open Item Creditor keatas Pemiutang Perniagaan sahaja, iaitu Pemiutang yang kita rekodkan melalui menu Pemiutang | Pengendalian Fail Pemiutang, tidak keatas lain-lain pemiutang.
No comments:
Post a Comment