15 November 2011

5.5.7 Mengendali Kod Wang Di Tangan

5.5.7 Mengendali Kod Wang Di Tangan

Biasanya sesebuah perniagaan mempunyai akaun wang di tangan atau Wang Panjar (Petty Cash). Jumlah wang di tangan akan ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira sebagai CASH IN HAND (Wang Di Tangan).

Nota :

Sedikit sebanyak anda perlu mengetahui maksud Cash In Hand (Wang Di Tangan) dari segi perakaunan.

Jika kita mempunyai lebih dari satu akaun wang di tangan, kita perlu ada satu item induk yang akan menampung jumlah besar bagi semua akaun wang panjar. Jika hanya ada satu akaun Wang Panjar, maka satu akaun itu boleh dijadikan akaun induk tanpa perlu ada akaun anak induk.

Item induk dan anak induk bagi Wang Di Tangan direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.

Katakan kita mempunyai 2 akaun wang panjar iaitu satu dikendali oleh Lela dan satu lagi dikendali oleh Minah.

4 angka pertama dalam kod induk (bagi jumlah) dan kod-kod anak induk (bagi tiap-tiap pengendali) hendaklah terdiri dari angka yang sama, diikuti dengan 3 angka terakhir. Bagi kod induk, 3 angka terakhir hendaklah 000. Bagi tiap-tiap pengendali, 3 angka terakhir hendaklah lain dari 000, biasanya campuran abjad dan angka.

Sebelum kita memilih 4 digit pertama dalam kod, kita harus mengenalpasti Jenis Akaun yang sesuai bagi Wang Panjar. Nampaknya, Jenis Akaun yang sesuai ialah Aset Semasa. Bagi Aset Semasa, 4 digit pertama dalam kod ialah diantara 3000 hingga 3999.

Kita harus ingat juga bahawa saiz nombor kod akan menentukan kedudukan dalam Kunci Kira-Kira dibawah label Jenis Akaun nya. Nombor yang lebih kecil akan dipaparkan lebih dahulu dari nombor yang lebih besar. Biasanya, kita mahu Wang Panjar ditunjukkan selepas CASH AT BANK. Oleh itu nombor 4 digit pertamanya hendaklah lebih besar dari CASH AT BANK. Contohnya, jika kod CASH AT BANK ialah 3010, maka kod bagi CASH IN HAND boleh jadi 3020, atau mana-mana nombor asalkan lebih besar dari 3010.

Berikut ialah contoh dalam Carta Akaun :

Gambar 80

Berikut ialah contoh hasil dalam Kunci Kira-Kira :

Gambar 81

Jika anda ada lebih dari satu akaun Wang Panjar, maka pastikan ada satu kod induk iaitu kod yang berakhir dengan 000. Kod induk merupakan kod yang memegang jumlah besar. Ia masih boleh diberi amaun melalui menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga. Oleh itu berhati-hati supaya anda tidak tersilap memilih kod induk itu sebagai akaun yang didebitkan atau dikreditkan, kecuali jika anda mempunyai hanya satu saja akaun Wang Panjar.

Nota :

>Mengendali Kod Wang Panjar diberi contoh dalam buku ini kerana pada masa buku ini ditulis, standad dalam laporan perakaunan memerlukan item ini ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira.

No comments: