5.5.25 Mengendali Kod Stok Akhir Barang Siap
Dalam sistem catitan bergu perakaunan, Stok Akhir Barang Siap akan menjadi Aset Semasa di Kunci Kira-Kira, dan pada masa yang sama digunakan untuk mengira kos jualan (COST OF GOODS SOLD) di Penyata Untungrugi. Oleh itu, dua (2) kod perlu dibina bagi Stok Akhir Barang Siap, satu kod untuk meletakkannya dibawah Jenis Akaun Aset Semasa di Kunci Kira-Kira, dan satu lagi kod untuk meletakkannya dibawah Jenis Akaun Kos Jualan di Penyata Untungrugi.
Dalam Kunci Kira-Kira, item Stok Akhir Barang Siap biasanya dipaparkan bersama-sama Stok Akhir lain (contohnya Stok Akhir Bahan Mentah, Stok Akhir Barang Separa Siap dan lain-lain) dibawah label Aset Semasa dibawah satu akaun induk yang biasanya dinamakan Stok Akhir (CLOSING STOCK), oleh itu Jenis Akaunnya hendaklah di set sebagai CURRENT ASSETS.
Berikut ialah beberapa contoh penyediaan kod bagi Stok Akhir barang Siap :
Contoh 1(a) :
Kod |
Deskripsi |
Jenis Akaun |
Catitan |
3030/000 |
Stok Akhir |
CURRENT ASSETS |
Item induk |
3030/100 |
Stok Akhir Barang Siap |
CURRENT ASSETS |
Anak induk |
3030/200 |
Stok Akhir Bahan Mentah |
CURRENT ASSETS |
Anak induk |
3030/300 |
Stok Akhir Barang Separa Siap |
CURRENT ASSETS |
Anak induk |
Dalam contoh diatas, Stok Akhir Barang Siap tidak ditunjukkan berasingan di Kunci Kira-Kira tetapi akaun induk Stok Akhir (kod 3030/000) akan ditunjukkan di Kunci Kira-Kira (dibawah label CURRENT ASSETS) untuk mewakili semua jenis Stok Akhir, samada Barang Siap, Barang Separa Siap atau Bahan Mentah.
Contoh hasil di Kunci Kira-Kira :
KUNCI KIRA-KIRA CURRENT ASSETS Stok Akhir |
Contoh 1(b) :
Kod |
Deskripsi |
Jenis Akaun |
Catitan |
6020/000 |
Stok Akhir |
COST OF GOODS SOLD |
Item induk |
6020/001 |
Stok Akhir Barang Siap |
COST OF GOODS SOLD |
Anak induk |
Dalam contoh diatas, Stok Akhir Barang Siap tidak ditunjukkan berasingan di Penyata Untungrugi (dibawah label COST OF GOODS SOLD) tetapi akaun induk Stok Akhir akan mewakili semua jenis Stok Akhir, samada Barang Siap, Barang Separa Siap atau Bahan Mentah.
Contoh hasil di Penyata Untungrugi :
PENYATA UNTUNGRUGI COST OF GOODS SOLD Stok Akhir |
Contoh 2(a)
Kod |
Deskripsi |
Jenis Akaun |
Catitan |
3030/000 |
Stok Akhir |
CURRENT ASSETS |
Item induk |
3031/000 |
Stok Akhir Barang Siap |
CURRENT ASSETS |
Item induk |
Dalam contoh diatas, Stok Akhir Barang Siap ditunjukkan berasingan di Kunci Kira-Kira (dibawah label CURRENT ASSETS) dari lain-lain Stok Akhir (item induk Stok Akhir akan mewakili lain-lain jenis Stok Akhir, seperti Barang Separa Siap dan Bahan Mentah).
Contoh hasil di Kunci Kira-Kira :
KUNCI KIRA-KIRA CURRENT ASSETS Stok Akhir Stok Akhir Barang Siap |
Contoh 2(b) :
Kod |
Deskripsi |
Jenis Akaun |
Catitan |
6020/000 |
Stok Akhir |
COST OF GOODS SOLD |
Item induk |
6021/000 |
Stok Akhir Barang Siap |
COST OF GOODS SOLD |
Item induk |
Dalam contoh diatas, Stok Akhir Barang Siap ditunjukkan berasingan di Penyata Untungrugi (dibawah label COST OF GOODS SOLD) dari lain-lain jenis stok akhir (Akaun induk Stok Akhir akan mewakili lain-lain stok akhir seperti Stok Akhir Barang Separa Siap dan Stok Akhir Bahan Mentah).
PENYATA UNTUNGRUGI COST OF GOODS SOLD Stok Akhir Stok Akhir Barang Siap |
Jika kita membuat beberapa kategori bagi Stok Akhir Barang Siap (Contohnya Barang A, Barang B dsb.), kita boleh membinanya seperti ini :
Contoh 3(a) :
Kod |
Deskripsi |
Jenis Akaun |
Catitan |
3030/000 |
Stok Akhir |
CURRENT ASSETS |
Item induk |
3031/000 |
Stok Akhir Barang Siap |
CURRENT ASSETS |
Item induk |
3031/001 |
Stok Akhir Barang Siap - Barang A |
CURRENT ASSETS |
Anak induk |
3031/002 |
Stok Akhir Barang Siap - Barang B |
CURRENT ASSETS |
Anak induk |
Dalam contoh diatas, item induk Stok Akhir (kod 3030/000) dan item induk Stok Akhir Barang Siap (kod 3031/000) akan ditayangkan di Kunci Kira-Kira. Item 3031/000 akan memegang jumlah bagi item anak induknya iaitu 3031/001 dan 3031/002. Item 3030/000 (Stok Akhir) mungkin mewakili stok akhir bahan mentah dan barang separa siap.
KUNCI KIRA-KIRA CURRENT ASSETS Stok Akhir Stok Akhir Barang Siap |
Dalam Penyata Untungrugi juga kita boleh membina aturan yang serupa :
Contoh 3(b) :
Kod |
Deskripsi |
Jenis Akaun |
Catitan |
6020/000 |
Stok Akhir |
COST OF GOODS SOLD |
Item induk |
6021/000 |
Stok Akhir Barang Siap |
COST OF GOODS SOLD |
Item induk |
6021/001 |
Stok Akhir Barang Siap - Barang A |
COST OF GOODS SOLD |
Anak induk |
6021/002 |
Stok Akhir Barang Siap - Barang B |
COST OF GOODS SOLD |
Anak induk |
Dalam contoh diatas, item induk Stok Akhir (kod 6020/000) dan item induk Stok Akhir Barang Siap (kod 6021/000) akan ditayangkan di Penyata Untungrugi. Item 6021/000 akan memegang jumlah bagi item anak induknya iaitu 6021/001 dan 6021/002. Item 6020/000 (Stok Akhir) mungkin mewakili stok akhir bahan mentah dan barang separa siap.
PENYATA UNTUNGRUGI COST OF GOODS SOLD Stok Akhir Stok Akhir Barang Siap |
Item induk dan anak induk bagi Stok Akhir Barang Siap direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Nota :
1. Sedikit sebanyak anda perlu mengetahui maksud Stok Akhir dari sudut perakaunan.
2. Walaupun kod yang berakhir dengan 000 merupakan kod yang memegang jumlah besar, ia masih boleh diberi amaun melalui menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga. Oleh itu berhati-hati supaya anda tidak tersilap memilih kod induk itu sebagai akaun yang didebitkan atau dikreditkan.
3. Mengendali Kod Stok Akhir barang Siap diberi contoh dalam buku ini kerana pada masa buku ini ditulis, standad dalam laporan perakaunan memerlukan item ini ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira.
No comments:
Post a Comment