15 November 2011

5.5.2 Mengendali Kod Keuntungan Terkumpul

5.5.2 Mengendali Kod Keuntungan Terkumpul

Modal berbayar biasanya ialah satu item yang perlu ditayangkan di Kunci Kira-Kira dibawah Jenis Akaun Modal. Oleh itu kita harus jadikan item ini satu item tunggal atau item induk.

Untuk memberi kod bagi item Keuntungan/(Kerugian) terkumpul, kita gunakan menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.

Penting : semasa mencatitkan kod akaun (melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K

Lejar Am ) bagi Keuntungan Terkumpul, pastikan ruang SA (Akaun Khas) bagi akaun ini di set sebagai PA (Profit Account).

Jika akaun ini tidak di set sebagai PA, amaun bagi keuntungan terkumpul tidak akan timbul dalam Kunci Kira-Kira dan Kunci Kira-Kira akan kelihatan tidak seimbang.

Penting : Juga, jika akaun ini tidak di set sebagai PA, akaun tahunan tidak akan dapat ditutup.

Contoh dalam Carta Akaun :

Nota :

1. Sedikit sebanyak anda perlu mengetahui maksud Keuntungan / (Kerugian) Terkumpul dari segi perakaunan.

2. Standad dalam laporan perakaunan juga memerlukan item Keuntungan / (Kerugian) Terkumpul ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira.

Gambar 70

No comments: