12 November 2011

9.1.4 Merekod Umur Hutang Awal Pemiutang

9.1.4 Merekod Umur Hutang Awal Pemiutang

Umur (dalam unit bulan) amaun hutang tiap-tiap Pemiutang Perniagaan akan dikira secara automatik oleh Sistem pada setiap masa, kecuali pada permulaan Sistem digunakan. Pada pertamakali kita menggunakan Sistem, kita harus memasukkan umur hutang dan amaunnya. Ini dilakukan melalui menu Creditors | Distribute Last Year Aging. Setelah kita klik menu ini, kita akan peroleh dialog bertajuk Distribute Last Year Aging (Taburan Umur Hutang Tahun Lalu) seperti berikut :

Gambar 162

Disebelah kiri dialog ialah senarai kod, nama-nama akaun (termasuk Pemiutang Perniagaan) dan amaun baki awal. Disebelah kanan dialog, ruang Period (telah sedia diisi oleh Sistem) adalah umur hutang (mengikut unit bulan), sementara ruang Aging ialah untuk kita mengisi amaun hutang mengikut umurnya.

Dalam contoh diatas, kita dapati satu Pemiutang Perniagaan iaitu Creditor A mempunyai baki awal RM-30,000. Untuk mengisi umur hutang dan amaunnya, kita klik pada namanya, kemudian isi amaunnya dalam petak-petak dibawah label Aging. Data akan direkodkan setelah kita klik butang Exit.

Berikut ialah contoh umur hutang yang telah diisi :

Gambar 163

Perhatikan tanda negatif (-) semasa mengisi ruang Aging.

Jika kita mengisi dengan betul, amaun di ruang bulan ke 12 seharusnya "0.00".

Dalam contoh diatas, tempoh umur disenaraikan dari 2 hingga 12. Ini ialah kerana kita telah menetapkan Starting Period (Bulan Permulaan) melalui menu System | Run Setup | General Setting | Page 1 sebagai 1. Jika kita menetapkan Starting Period melalui menu ini sebagai angka lain, contohnya angka 6 seperti berikut :

Gambar 164

maka senarai akan dimulakan dari angka 7.

No comments: