14 November 2011

6.5 Mengunci Kumpulan Transaksi

6.5 Mengunci Kumpulan Transaksi

Kita boleh mengunci Kumpulan Transaksi (Batch Of Transactions) supaya tiada lagi data boleh direkodkan bagi kumpulan itu. Ia juga dapat mencegah orang lain dari mengubah-ubah data tanpa pengetahuan pengendali Sistem.

Untuk mengunci Kumpulan Transaksi, gunakan menu Transactions | Organise Batches. Selepas kita klik pada menu ini, kita akan lihat dialog bertajuk Organise Batches (Kendali Kumpulan-Kumpulan Transaksi) seperti berikut :

Gambar 141

Dalam contoh diatas, jika kita mahu mengunci Kumpulan JUALAN-JAN-04, klik pada kotak dibawah ruang Lock Status (Status Kuncian) yang berada dalam baris yang sama dengan item ini. Kemudian, klik butang Lock (Kunci). Kita akan menerima dialog bertajuk Lock Batch (Kunci Kumpulan) seperti berikut :

Gambar 142

Klik OK. Kita akan dapati ruang Lock Status akan bertanda dengan huruf L , yang bermakna Locked (Dikunci).

Gambar 143

Jika anda telah selesai, klik Exit.

Selepas ia dikunci, jika kita cuba mengisi transaksi bagi kumpulan ini, kita akan menerima dialog makluman seperti berikut :

Gambar 144

("Batch is locked - No transactions allowed" = Kumpulan telah dikunci - transaksi tidak lagi dibenarkan)

Klik OK untuk melenyapkan dialog ini.

No comments: