5.5.18 Mengendali Kod Syarikat Bersekutu
Transaksi dengan syarikat-syarikat bersekutu (ASSOCIATED COMPANY) perlu ditunjukkan dalam akaun yang tersendiri bagi tiap-tiap syarikat bersekutu. Akaun setiap syarikat bersekutu mungkin berbaki Debit atau Kredit.
Item induk dan anak induk bagi Syarikat Bersekutu direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Berikut ialah langkah-langkah yang biasa diambil untuk memberi kod bagi syarikat bersekutu :
1. Satu akaun Syarikat Bersekutu mungkin berbaki Debit dan yang lain pula mungkin berbaki Kredit, tetapi kita terpaksa mengenalpastikan hanya satu Jenis Akaun bagi setiap syarikat bersekutu. Ini untuk memudahkan kita mendapatkan jumlah bagi keseluruhan syarikat-syarikat Bersekutu. Oleh itu, kita terpaksa memilih untuk meletakkannya dibawah Jenis Akaun Liabiliti Semasa sahaja atau Aset Semasa sahaja. Ini bermakna, ada kemungkinan kita memilih Jenis Akaun Liabiliti Semasa bagi Syarikat Bersekutu yang berbaki Debit.
Nota :
Dalam standad perakaunan, Syarikat Bersekutu perlu ditunjukkan berasingan dalam Kunci Kira-Kira, tetapi Sistem tidak mempunyai Jenis Akaun bagi Syarikat Bersekutu, oleh itu, kita harus memilih Jenis Akaun yang berdekatan iaitu samada CURRENT LIABILITIES atau CURRENT ASSETS.
2. Kenalpasti siri kumpulan kod bagi Jenis Akaun yang telah kita pilih. Bagi Liabiliti Semasa, kumpulan kodnya ialah 4000-4999. Jika Aset Semasa, kumpulan kodnya ialah 3000-3999.
3. Pastikan angka pertama dalam kod bagi item induk dan anak induk adalah sama dengan skim Jenis Akaun nya, iaitu 4 (Jika Liabiliti Semasa) atau 3 (jika Aset Semasa), yang mana berkenaan.
4. Tentukan nama bagi item induknya. Nama item induk yang biasa dipakai ialah ASSOCIATED COMPANY. Biasanya item ini perlu ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira, oleh itu kodnya diakhiri dengan 000. Pilih mana-mana 4 nombor pertama asalkan berada dalam kumpulan kod 4000-4999 (jika Liabiliti Semasa) atau 3000-3999 (jika Aset Semasa). Rancang saiz nombornya (untuk menentukan susunannya dalam Kunci Kira-Kira kerana ada Jenis Akaun lain dalam Kunci Kira-Kira).
5. Tentukan nama-nama bagi item anak induk. Pastikan 4 angka pertama dalam kod adalah sama dengan item induk. Bagi 3 angka terakhir, pastikan angkanya bukan 000.
Contoh :
Kod : Nama Akaun
4070-000 : Associated Company -------------- > item induk
4070-B01 : Associated Company - Balakong Sdn Bhd
4070-D01 : Associated Company - Doraemon Bhd
No comments:
Post a Comment