9.2.5 Membuka Kuncian Transaksi
Jika kita telah menetapkan setting yang menghalang pindaan daripada dapat dilakukan keatas keseluruhan transaksi (dengan cara yang ditunjukkan dalam bab 9.2.4 Mengunci Data Transaksi sebelum ini), kita boleh membuang halangan itu. Caranya ialah seperti berikut :
Dapatkan dialog Boss Menu (Sila lihat bab 18.2 Mengendali Boss Menu untuk cara mendapatkannya). Dialog itu kelihatan seperti berikut.
Gambar 195
Dalam dialog itu ada item Allow Edit Transaction (Benarkan Pindaan Transaksi). Buat tanda √ pada kotak dikiri item itu. Klik butang Apply (Laksanakan). Selepas itu, keluar dari dialog ini dengan klik butang Exit. Selepas ini pindaan akan dapat dilakukan pada data transaksi (Bagaimanapun jika anda masih mengunci Kumpulan Transaksi tertentu, data transaksi bagi Kumpulan itu masih belum dapat dipinda lagi).
No comments:
Post a Comment