15. Mengendali Harta Tetap
(Harta Tetap = Fixed Assets)
Kendalian Harta Tetap yang terdapat dalam Sistem Perakaunan UBS merupakan Sistem yang berasingan dari Lejar. Bagaimanapun, anak (sub) Sistem ini tidak sesuai untuk menyenaraikan harta yang banyak secara terperinci. UBS mempunyai modul (sistem) lain yang tersendiri yang lebih berkeupayaan untuk mengendali Harta Tetap, atau anda boleh menggunakan program lain seperti Microsoft Excel.
(Untuk mengendali kod Harta Tetap bagi Lejar, sila rujuk bab 5.5.20 Mengendali Kod Harta Tetap)
Merekod butiran item Harta Tetap
Biasanya kita perlu merekod butiran (deskripsi) lebih lanjut bagi tiap-tiap item harta tetap yang dibeli. Ini dilakukan melalui menu Ledger | Fixed Assets Description Maintenance (Kawalan Deskripsi Harta Tetap) :
Gambar 392
Pengisian deskripsi di dialog ini tidak ada kena mengena dengan catitan bergu (double-entry). Ia tidak perlu diisi jika anda kekurangan masa.
Dalam dialog ini, butiran di bahagian atas yang mengandungi kod-kod Harta Tetap diambil secara automatik oleh Sistem dari Carta Akaun. Untuk mengisi butiran bagi satu kod, klik satu baris dari bahagian atas untuk memilih item yang anda hendak rekodkan butirannya. Kemudian tuliskan butirannya di bahagian bawah (Ada 5 baris kosong untuk anda isikan).
Contoh pengisian :
Gambar 393
Merekod nilai jualan item yang telah dijual
Jika item telah dijual dalam tahun perakaunan semasa, nilai jualannnya hendaklah dituliskan di kotak dikanan label If this item has been disposed, please enter the disposed value (Jika item telah dijual atau dilupuskan, sila catitkan harga jualan atau pelupusan). Nilai ini penting bagi Sistem mengira keuntungan atau kerugian dari jualan item itu. Nilai ini akan dimasukkan oleh Sistem kedalam Lejar.dibawah kod 8010/000 Gain/Loss On Disposal (Jenis Akaun OTHER INCOME).
Gambar 394
No comments:
Post a Comment