12 November 2011

9.1.1 Mengisi Baki Awal Bil-Bil Penghutang

9.1.1 Mengisi Baki Awal Bil-Bil Penghutang

Mengisi Baki Awal Penghutang Perniagaan melalui menu Lejar | Enter Opening Balance hanya merekod jumlah sahaja tetapi tidak merekod amaun-amaun bagi tiap-tiap bil (inbois). Untuk merekod amaun bagi tiap-tiap inbois, kita gunakan menu Urusniaga | Open Item Menu Debtor | Maintain B/F Bills. Selepas kita klik menu ini, kita akan peroleh tetingkap bertajuk Debtor Maintain B/F Bills (Penghutang - Kawalan Bil-Bil Dibawa Kehadapan) seperti ini

.

Gambar 152

Klik butang Add (Tambah) untuk merekod baki awal tiap-tiap inbois. Selepas klik butang Add kita akan peroleh ruang-ruang untuk mengisi mengisi data dibahagian bawah tetingkap :

Gambar 153

Klik butang Save (Simpan) untuk merekod data yang kita tulis diruang-ruang itu.

Klik butang List (Senarai) untuk melihat senarai. Senarai akan dipaparkan dalam satu tetingkap lain :

Gambar 154

Klik butang Generate (Hasilkan) akan memaparkan senarai dalam satu tetingkap lain juga.

Mengisi baki-baki awal bil-bil Penghutang hanya perlu dilakukan sekali sahaja iaitu pada tempoh perakaunan terawal kita menggunakan Sistem. Pada tahun-tahun berikutnya, Sistem akan menghasilkan senarai dengan sendirinya bila kita menutup akaun.

No comments: