14 November 2011

6.6 Membuka Kuncian Kumpulan Transaksi

6.6 Membuka Kuncian Kumpulan Transaksi

Untuk membuka kunci Kumpulan Transaksi yang telah dikunci, gunakan Menu Boss. (Sila rujuk bab 18.2 Mengendali Boss Menu). Dalam Menu Boss terdapat butang Change Batch Lock Status & Pin No. (Tukar Status Kuncian Kumpulan Transaksi dan Nombor Pengenalan).

Gambar 145

Klik pada butang itu dimana kita akan melihat dialog bertajuk Change Batch Lock Status & Pin No seperti berikut :

Gambar 146

Dalam contoh diatas, terdapat tanda L pada baris kumpulan JUALAN - JAN 04 dibawah ruang L Status. Ini bermakna kumpulan transaksi JUALAN - JAN 04 sedang terkunci. Untuk membuang kunci, klik pada kotak yang mengandungi huruf L dalam ruang L STATUS. Gunakan kekunci Delete atau Backspace pada kibod untuk memadam huruf L tersebut, kemudian tekan kekunci Enter di kibod. Selepas itu klik butang Exit. Kita akan jumpa semula dialog Menu Boss. Pada dialog ini klik butang Apply. (Penting : Jangan lupa klik butang Apply ini supaya perubahan dilaksanakan). Kuncian akan sebenarnya dibuang selepas kita klik butang Apply. Selepas ini kita akan dibenarkan mengedit data dalam Kumpulan Transaksi berkenaan. Klik butang Exit pada dialog Menu Boss untuk keluar dari dialog ini.

Komen :

Dalam dialog Menu Boss, Sistem meletakkan butang Apply untuk perlaksanaan perubahan rekod, bagaimanapun butang seperti ini tidak terdapat dalam sesetengah dialog-dialog lain dimana perubahan rekod juga boleh dilakukan. Tidak adanya konsistensi dalam penggunaan butang Apply sedikit sebanyak boleh mengelirukan pengguna.

No comments: