5.4.2.6 Mengisi Ruang 'Jenis Akaun'
Untuk mengisi ruang ini, klik (untuk menanda) pada salah satu kotak yang sesuai dibahagian separuh bawah dialog Penyelenggaraan A/K Lejar Am ini :
Gambar 40a
Klik (tanda) pada satu kotak sahaja. Item pada kotak yang kita tanda akan disalin keruang Jenis Akaun.
Sebagai pilihan cara lain, anda boleh juga klik pada kepala anak-panah dikanan ruang Jenis Akaun. Kita akan menerima satu dialog bertajuk Penyenaraian Jenis-Jenis Akaun :
Gambar 41
Klik (untuk memilih) pada Jenis Akaun yang sesuai, kemudian klik butang Ok. Pilihan anda akan masuk kedalam ruang Jenis Akaun dalam dialog Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Ada 15 item dalam senarai Jenis Akaun :
1 – Modal.
2 – Liabiliti Jangka Panjang.
3 – Lain-Lain Liabiliti.
4 – Harta Tetap.
5 – Lain-Lain Harta.
6 – Aset Semasa.
7 – Liabiliti Semasa.
8 – Jualan.
9 – Pelarasan Jualan.
10 – Kos Jualan.
11 – Lain-Lain Pendapatan.
12 – Perbelanjaan.
13 – Cukai Perniagaan.
14 – Perdapatan Luar Jangka.
15 – Akaun Pembahagian Keuntungan.
Tiap-tiap satu kod akaun perlu dikaitkan dengan satu Jenis Akaun. Jadi, ruang Jenis Akaun mesti diisi. Jika anda tidak mengisi ruang ini dan anda klik butang Simpan, anda akan menerima pesanan berikut :
Gambar 42
No comments:
Post a Comment