08 November 2011

13.5 Penyata Untungrugi

13.5 Penyata Untungrugi

Penyata Untungrugi = Profit Or Loss Statement

Untuk melihat Penyata Untungrugi, kita gunakan menu Reports | Profit & Loss Account. Selepas kita klik menu ini, kita akan menerima dialog bertajuk Profit and Loss Account seperti berikut :

Gambar 261

Dari dialog ini, kita boleh membuat penetapan (setting) apakah angka-angka yang akan ditunjukkan dalam penyata itu, samada :

This Year – Last Year (Tahun Ini – Tahun Lepas)

This Year – This Month (Tahun Ini – Bulan Ini)

This Accounting Year Only (Tahun Ini sahaja)

Last Month – This Month (Bulan lepas – Bulan ini)

Month Budget – This Month (Bajet – Bulan Ini)

Budget Month – This Month – Budget Year – This Year (Bajet – Bulan Ini – Bajet

Yearly – This Year)

Last Month – This Month – Last Year – This Year (Bulan Lepas – Bulan Ini – Tahun Lepas – Tahun Ini)

Balance B/F – This Month – This Year – Current Balance (Baki Awal – Bulan Ini – Tahun Ini – Baki Terkini)

Last Month – This Month – This Year – Current Balance (Bulan Lepas – Bulan Ini – Tahun Ini – Baki Sekarang).

Pilih tempoh sehingga bulan keberapa anda mahu melihat laporan ini dengan memilih Period (Bulan).

Klik butang OK. Selepas itu anda akan menerima penyata seperti berikut :

Gambar 262

Anda boleh mencetak penyata ke mesin pencetak dengan klik pada butang Printer. Anda boleh previu dulu dengan klik pada butang Preview.

Anda boleh mendapatkan data lebih terperinci bagi satu-satu item dengan dwi-klik pada item itu. Butiran akan dipaparkan dalam kotak dialog yang berasingan.

Jika akaun kita tak seimbang, kita akan menerima makluman seperti berikut semasa kita masuk ke penyata :

Gambar 263

("Account Not Balance" = "Akaun Tak Seimbang").

Jika kita menerima dialog seperti ini, klik Ok. Penyata akan dipaparkan juga.

13.5.1 Mencetak Penyata Untungrugi bagi 12 bulan

Menu Reports | Laporan Selanjutnya (1) | Print P & L for 12 months :

Gambar 264

Selepas klik butang OK :

Gambar 265

Selepas klik butang Preview :

Gambar 266

No comments: