12 November 2011

9.2.2 Meminda Data Transaksi

9.2.2 Meminda Data Transaksi

Untuk meminda butiran dalam transaksi yang telah kita rekodkan, kita guna menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga. Kita akan diberi dialog bertajuk Transactions File Maintenance (Sila lihat bab sebelum ini).

Gambar 185

Dalam dialog ini kita boleh guna salah satu dari butang-butang berikut untuk mencari transaksi yang kita mahu pinda : Top (Atas), Previous (Sebelum ini), Next (Lagi), Bottom (Bawah), Search (Cari).

Jika kita klik butang Search, kita akan temui dialog bertajuk Search seperti berikut :

Gambar 186

Klik butang Batch No untuk kita memilih Nombor Kumpulan Transaksi melalui dialog bertajuk Batch Listing (Senarai Kumpulan Transaksi) seperti berikut :

Gambar 187

Setelah kita memilih Batch No, klik pula Trans No (Nombor Transaksi). Kita akan menerima senarai transaksi bagi Kumpulan itu dalam dialog bertajuk Transaction Listing seperti berikut :

Gambar 188

Klik pada baris transaksi yang kita mahu pinda untuk memilihnya, kemudian klik butang OK. Butiran akan masuk ke ruang-ruang pada dialog bertajuk Transactions File Maintenance tadi.

Pada dialog Transactions File Maintenance, setelah kita temui butiran transaksi yang berkenaan, klik butang Edit (Pinda). Selepas itu barulah kita buat pindaan pada ruang butiran yang berkenaan.

Selepas kita buat pindaan, klik butang Save (Simpan).

Klik butang Exit (Keluar) selepas selesai membuat pindaan untuk keluar dari dialog ini.

No comments: