12 November 2011

9.2.3 Memadam Data Transaksi

9.2.3 Memadam Data Transaksi

Kadang-kadang kita tersalah merekodkan transaksi, jadi kita mahu memadam transaksi yang kita rekodkan. Untuk memadam transaksi, kita gunakan menu Sistem | Delete Unwanted Transactions.

Bila kita klik menu ini, kita akan lihat dialog bertajuk Delete Unwanted Transactions (Padam Transaksi Yang Tidak Dikehendaki) seperti berikut :

Gambar 189

Dialog ini memberitahu kita bahawa sebelum kita memadam mana-mana transaksi, kita hendaklah mengenalpasti dulu transaksi yang hendak kita padam. Butiran transaksi itu (diperolehi melalui dialog Transactions File Maintenance) hendaklah mempunyai 2 ciri berikut :

1. Ruang Reference No. hendaklah diisi dengan tanda ********** (Ada 10 tanda *).

2. Amaun di ruang Debit atau Kredit hendaklah diganti dengan 0.00 .

Berikut ialah contoh bagaimana kedua-dua ciri ini dinyatakan dalam dialog Transactions File Maintenance setelah kita mengenalpasti transaksi yang hendak dipadam :

Gambar 190

Jangan lupa untuk klik butang Save pada dialog Transactions File Maintenance selepas melakukan 2 perkara diatas.

Selepas kita melakukan 2 perkara diatas pada dialog Transactions File Maintenance, barulah kita masuk ke menu Sistem | Delete Unwanted Transactions. Pada dialog Delete Unwanted Transactions, kita klik butang OK. Akan timbul dialog meminta pengesahan seperti berikut :

Gambar 191

Klik butang Yes. Sistem akan mula operasi memadam. Setelah siap, satu lagi dialog akan muncul memberitahu kita berapa rekod yang telah dipadam :

Gambar 192

("0 Record Deleted" = "0 Rekod Telah Dipadam").

Klik OK. Itu saja.

Jika kita ingat rekod apa yang kita padam, kita boleh memeriksa senarai transaksi (melalui menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga) untuk mempastikan bahawa rekod tadi telah tiada kerana telah terpadam.

Ramai pengguna mengalami kesukaran untuk memadam data transaksi menggunakan menu Sistem | Delete Unwanted Transactions. Sebagai jalan mudah, mereka mengedit butiran melalui dialog Transactions File Maintenance dengan menggantikan amaun debit atau kredit (yang mana berkenaan) dengan angka 0 (kosong). Cara ini pun boleh juga, cuma ini akan menyebabkan Sistem menyimpan data yang sepatutnya tidak direkodkan.

No comments: