5.5.24 Mengendali Kod Stok Awal Barang Siap
Sesebuah perniagaan pengilangan biasanya mempunyai stok awal bagi barang siap. Satu akaun dibuka untuk mengendali transaksi setiap satu stok awal. Kemudian, satu akaun induk dibina untuk memegang jumlah besar bagi semua stok-stok itu.
Item induk dan anak induk bagi Stok Awal Barang Siap direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Akaun induk bagi stok awal barang siap akan ditunjukkan dalam Penyata Untungrugi di bawah label Kos Jualan (COST OF GOODS SOLD).
Dalam Penyata Untungrugi, bila kita dwi-klik pada item induk, satu senarai item-item anak induknya akan dipaparkan dalam satu tetingkap lain.
Berikut ialah langkah-langkah untuk memberi kod bagi Stok Awal barang Siap dan kod induknya :
1. Kenalpasti Jenis Akaun yang sesuai bagi setiap kategori stok awal barang siap. Ia sesuai diletak dibawah Jenis Akaun COST OF GOODS SOLD (Kos Jualan).
2. Kenalpasti siri kumpulan kod bagi Jenis Akaun berkenaan. Bagi COST OF GOODS SOLD, kumpulan kodnya ialah 6000-6999.
3. Kenalpasti nama item induk baginya. Nama item induk yang biasa dipakai ialah OPENING STOCK - FINISHED GOODS. Pilih apa-apa 4 nombor pertama asalkan berada dalam kumpulan kod 6000-6999. Pastikan angka pertamanya sama dengan skim Jenis Akaun nya, iaitu 6. Rancang saiz nombornya (untuk menentukan susunannya dalam Penyata Untungrugi dibawah label Jenis Akaun nya jika ada item induk lain dalam Jenis Akaun nya. Biasanya item induk perlu ditunjukkan dalam Penyata Untungrugi, oleh itu kodnya diakhiri dengan 000).
4. Bagi item anak induk, empat (4) nombor pertama kodnya hendaklah sama dengan item induknya. Rancang saiz 3 nombor terakhirnya (untuk menentukan susunannya dibawah item induknya jika ada beberapa akaun anak induk lain dibawah item induknya).
Contoh :
Kod : Nama Akaun
6000-000 : STOK AWAL - BARANG SIAP
6000-001 : Stok Awal - Barang Siap - Barang A
6000-002 : Stok Awal - Barang Siap - Barang B
Contoh bergambar Stok Awal Barang Siap di Carta Akaun :
Gambar 109
Contoh kesannya di Penyata Untungrugi :
Gambar 110
No comments:
Post a Comment