5.5.16 Mengendali Kod Pinjaman Berjangka
Akaun-akaun bagi Pinjaman Berjangka (Term Loan) seharusnya dibuka bagi tiap-tiap pinjaman berjangka.
Item induk dan anak induk bagi Pinjaman Berjangka direkodkan melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am.
Berikut ialah langkah-langkah untuk memberi kod bagi pinjaman berjangka :
1. Kenalpasti Jenis Akaun yang sesuai bagi pinjaman berjangka. Biasanya ia sesuai diletak dibawah Jenis Akaun Liabiliti Semasa .
2. Kenalpasti siri kumpulan kod bagi Jenis Akaun berkenaan. Bagi Liabiliti Semasa, kumpulan kodnya ialah 4000-4999.
3. Tentukan nama bagi item induk dan item-item anak induk. Nama item induk yang biasa dipakai ialah TERM LOAN. Tiap-tiap nama pinjaman akan menjadi item anak induk.
4. Pastikan angka pertama dalam kod bagi item induk dan item anak induknya sama dengan skim Jenis Akaun nya, iaitu 4.
5. Rancang saiz nombor bagi kod item induk (untuk menentukan susunannya dalam Kunci Kira-Kira jika ada akaun-akaun lain dalam Jenis Akaun nya). Pilih mana-mana nombor asalkan berada dalam kumpulan kod 4000-4999.
6. Pastikan 3 nombor terakhir dalam kod ialah 000 bagi item induk dan bukan 000 bagi item anak induk.
7. Biasanya anda tidak perlu merancang saiz nombor terakhir item anak induk kerana susunan item anak induk dibawah item induknya tidaklah begitu penting.
Contoh :
4050-000 : Term Loan. ----------- > item induk.
4050-S01 : Term Loan - Bank Sri lanka.
4050-L01 : Term Loan - Bank Labuan
No comments:
Post a Comment