5.4.4 Mencari Akaun Dalam Carta Akaun
Dari masa ke semasa, kita perlu mencari kod akaun dan nama akaun untuk tujuan seperti mengisi transaksi dan sebagainya. Kita boleh gunakan menu Lejar | Cetak Carta Akaun. Dari situ kita boleh mencari satu persatu kod akaun dan nama akaun yang disenaraikan.
Jika kita sedang mengisi maklumat transaksi, kita tidak perlu menggunakan menu Lejar | Cetak Carta Akaun. Untuk mengisi maklumat transaksi, kita gunakan menu Urusniaga | Pengendalian Urusniaga. Disini, kita hanya perlu dwi-klik pada ruang No A/K :
Gambar 61
Bila kita dwi-klik pada ruang ini, satu tetingkap bertajuk Penyenaraian Akaun yang mengandungi senarai kod dan nama akaun akan timbul :
Gambar 62
Klik pada satu nombor akaun untuk membuat pilihan.
Jika bilangan akaun begitu banyak dan sukar mencari, anda boleh menggunakan ruang Keterangan (Kiri) pada tetingkap Penyenaraian Akaun ini. Anda hanya perlu mengingat huruf-huruf awal bagi ejaan nama akaun yang dicari dan tuliskannya pada ruang itu. Sistem akan mencarikannya untuk anda dan mempamirkannya pada tetingkap.
Jika anda hanya ingat huruf-huruf ditengah nama akaun, gunakan ruang Keterangan (Tengah) iaitu tuliskan huruf-huruf yang anda ingat itu pada ruang ini. Sistem akan mencarikannya untuk anda dan mempamirkannya pada tetingkap.
Jika anda ingat hanya sebahagian kod, gunakan ruang No A/K. Contohnya jika anda tuliskan angka 3 pada ruang ini, semua kod yang bermula dengan angka 3 akan dipamirkan di tetingkap.
No comments:
Post a Comment