5.4.2.3 Mengisi Ruang ‘Akaun Khas’
Ruang ini sangat penting bagi akaun yang bertindak sebagai Keuntungan / (Kerugian) Terkumpul. Jika kod (dalam ruang Nombor Akaun) nama akaun (dalam ruang Butiran Akaun) berfungsi sebagai Keuntungan/(Kerugian) Terkumpul, ruang Akaun Khas hendaklah diisi dengan tanda PA, kerana :
1. Jika akaun ini tidak di set sebagai PA, amaun bagi keuntungan/(kerugian) terkumpul tidak akan timbul dalam Kunci Kira-Kira, akibatnya Kunci Kira-Kira akan
kelihatan tidak seimbang.
2. Jika akaun ini tidak di set sebagai PA, akaun tahunan tidak akan dapat ditutup.
Akaun Khas ini juga berguna untuk mengaitkan kod akaun dengan laporan-laporan tertentu (selain dari laporan Kunci Kira-Kira dan Penyata Untungrugi). Contohnya, jika kita mahu satu kod akaun itu dilibatkan dalam laporan Tunai, kita isi ruang ini
dengan tanda CA (Cash Account).
Selain dari item PA dan CA, ada 20 item lain dalam senarai Akaun Khas yang boleh kita gunakan untuk mengaitkan satu-satu akaun dengan laporan tetentu. Berikut ialah
senarai penuh item :
1. OS - Opening Stock - Profit & Loss (Stok Awal Untungrugi)
2. CS - Closing Stock - Profit & Loss (Stok Akhir Untungrugi)
3. BS - Balance Sheet Stock (Stok Kunci Kira-Kira)
4. MA - Manufacturing Account (Akaun Pengilangan)
5. PA - Profit Account (Akaun Untungrugi Terkumpul)
6. PV - Payment Voucher (Baucer Bayaran)
7. OR - Other Receipt (Resit Lain)
8. CR - Credit Account (Akaun Kredit)
9. >HD - Header (Tajuk Utama)
10. T0 - Subtotal Level 0 (Jumlah Kecil Tahap 0)
11. T1 - Subtotal Level 1 (Jumlah Kecil Tahap 1)
12. T2 - Subtotal Level 2 (Jumlah Kecil Tahap 2)
13. T9 - Current Total (Jumlah Semasa)
14. TD - Total Description (Keterangan Jumlah)
15. TX - No subtotal (Tiada Jumlah Kecil)
16. D0 - Display zero account (Tayangkan akaun kosong)
17. DP - Depreciation account (Akaun Susutnilai)
18. BK - Bank account (Akaun Bank)
19. CA - Cash Account (Akaun Wang)
20. S1 - Spacing (Ruang)
21. ST - Sales Tax Account (Akaun Cukai Jualan)
22. PT - Purchase Tax Account (Akaun Cukai Belian)
Berikut ialah keterangan lebih lanjut mengenai item-item pilihan dalam senarai Akaun Khas :
MA
MA adalah ringkasan bagi Manufacturing Account (Akaun Pengilangan). Ia digunakan untuk mengaitkan kod akaun dengan Akaun Pengilangan. Kod akaun yang
ditanda dengan item ini akan muncul dalam penyata Akaun Pengilangan (penyata
ini dapat diakses melalui menu Laporan | Akaun Perkilangan).
CA
Bermaksud Cash (Tunai). Ia digunakan untuk mengaitkan kod akaun dengan penyata Aliran Tunai. Ia sesuai bagi akaun-akaun bank dan wang panjar supaya kita dapat melihat aliran tunai melalui menu Laporan | Penyata Aliran Tunai.
DP
Bermakna Depreciation (Susutnilai harta tetap). Ini berguna untuk membina Penyata Aliran Tunai. Dalam penyata ini, susutnilai akan ditolak dari pengiraan keuntungan. Oleh itu, biasanya akaun yang perlu ditanda dengan DP ialah akaun-akaun susutnilai harta tetap. Penyata Aliran Tunai dapat diakses melalui menu Laporan | Penyata Aliran Tunai.
BK
Bermaksud Bank Reconciliation (Penyesuaian Bank). Digunakan pada akaun-akaun bank. Tujuannya supaya kita dapat mengendali penyata penyesuaian bank. Penyata penyesuaian bank diakses melalui menu Laporan | Laporan Selanjutnya (1) | Penyesuaian Bank.
PV
Bermaksud Payment Voucher (Baucer Bayaran). Biasanya digunakan pada akaun-akaun bank. Bila tanda ini diberi, setiap kali akaun bank itu dikreditkan, akan muncul ruang untuk kita mengisi butir-butir bayaran dan kita boleh terus mencetak baucer bayaran.
HD
Bermaksud Header (Tajuk Induk). Sesuai digunakan keatas akaun-akaun yang kita mahu jadikan tajuk induk dalam satu siri kod. Sila baca bab 5.4 Membina Carta Akaun untuk memahami skim kod dalam carta akaun. Disitu diterangkan mengenai kod induk. Kod induk akan memegang jumlah bagi beberapa akaun lain yang berada dibawahnya (kod anak induk).
SL
Bermaksud Single Line (garisan sebaris). Digunakan bersama dengan HD. Dalam laporan-laporan seperti Kunci Kira-Kira atau Penyata Untungrugi, kita boleh menggunakan tanda ini supaya tajuk induk (HD) akan mempunyai satu garisan dibawahnya.
DL
Bermaksud Double Line (garisan dua baris). Digunakan bersama dengan HD. Dalam laporan-laporan seperti Kunci Kira-Kira atau Penyata Untungrugi, kita boleh menggunakan tanda ini supaya Tajuk Induk (HD) akan mempunyai dua baris garisan dibawahnya.
S1-S9
S bermaksud Line-Spacing (Baris kosong). S1 bermakna satu baris kosong, S2 bermakna 2 baris kosong, S3 bermakna 3 baris kosong, begitulah seterusnya hingga S9. Digunakan untuk laporan-laporan. Contohnya, S3 akan menyebabkan ada 3 baris kosong selepas tajuk laporan dengan isi laporan, S2 akan menyebabkan ada 2 baris kosong selepas tajuk laporan dengan isi laporan. Begitulah seterusnya.
s1
s1 juga bermaksud Line-Spacing (Baris kosong), tapi dimaksudkan kepada baris sebelum sesuatu tajuk dalam laporan. Ia akan menyebabkan ada 1 baris kosong sebelum tajuk laporan. Ambil perhatian bahawa tiada s2, s3 dan sebagainya, hanya ada s1 (dalam huruf kecil).
CR
CR bermaksud Credit (Kredit). Ia digunakan bersama dengan HD. Ia akan menyebabkan jumlah amaun kredit dalam satu-satu jumlah kecil (sub-total) bagi sesuatu kumpulan (group) dicetak sebagai positif (tanpa tanda tolak atau tanda kurungan).
D0
D0 bermakna Display Zero (tayangkan kosong). Ini bermakna jika akaun berkenaan berjumlah kosong, ia akan ditayangkan juga dalam laporan.
T0-T9
T bermakna Sub-Total (Jumlah Kecil). T0 adalah jumlah kecil yang paling asas dan T9 adalah jumlah yang paling besar. Dalam laporan, jumlah-jumlah kecil biasanya dijumlah-jumlahkan lagi sesama mereka berperingkat-peringkat. T9 adalah peringkat yang paling akhir, biarpun jarang kita alami menjumlahkan jumlah kecil hingga 9 peringkat.
TD
TD bererti Total Description (Deskripsi Jumlah). Ia ada kaitan dengan T0-T9 diatas. Tanda ini akan menyebabkan tanda T0-T9 dipaparkan dalam cetakan laporan.
TX
TX bermaksud No Total (Tiada Jumlah). Kesannya ialah jumlah yang kosong dalam laporan tidak akan dicetak.
Senarai ini dapat kita perolehi bila kita klik kepala anak-panah dikanan ruang Akaun Khas. Kita akan jumpa dialog bertajuk Senarai Akaun Khas yang mengandungi senarai item Akaun Khas :
Gambar 37

Klik (untuk memilih) pada satu baris yang sesuai, kemudian klik butang Ok. Akaun Khas yang kita pilih akan masuk kedalam ruang Akaun Khas dalam dialog tadi (dialog Penyelenggaraan A/K Lejar Am).
Nota :
1. Ruang ini tidak perlu diisi bagi semua akaun.
2. Ia hanya perlu diisi bagi akaun Keuntungan / (Kerugian Terkumpul dan akaun yang hendak kita kaitkan dengan laporan tertentu (selain Kunci Kira-Kira dan Penyata Untungrugi), seperti laporan Aliran Tunai.
3. Melalui ruang ini juga kita boleh menetapkan label-label bagi laporan dan menentukan samada tajuk laporan mempunyai format garis-garis tertentu dibawahnya.